Friday, August 10, 2012

Perpustakaan Raja Tun Uda

Dah lama sebenarnya nak bawak Nayra gi library since dalam pantang lagi, so a few days ago baru berkesempatan...tu pun memikirkan sebab next week dah kena start keje balik

Lokasi Perpustakaan Raja Tun Uda ini adalah dalam Kelab Golf Sultan Salahuddin, Seksyen 13 Shah Alam....yang menariknya dia ada library especially for kids. Tempat orang dewasa pun ada...menarik, moden, canggih dan selesa...bebudak kolej & poli ramai la datang sini carik bahan buat assignment or just nak menaip

Tapi sebab haritu datang bawak Nayra, syamariz cuma ambil gambar di tempat kids aje la...tengok kalau ada kesempatan, akan dipaparkan pulak tempat org dewasa ya u ols..ok just scroll down to get a few glimpse of the place...strongly recommended for all parents:

entrance to the children's library (called zon kreatif)

rujuk waktu perkhidmatan kalau nak pergi ya..

tv and bean bags...fuhh sedap budak2 melepak nihh, belakang tu siap toilet & surau tapi surau tu for kids ajer...grown ups sila ke surau luar ok

main attraction..big giant fake tree inside

only came for half an hour, Nayra already found herself a friend..i'm amazed considering she's not a friendly type..more of an observer at first..maybe i'm wrong, she is getting bigger and constantly changes her personality..being friendly is good since she is going to start school next year

main kuda err raksaksa? hippo? errr...a weird red coloured creature underneath the giant tree


Hope the pictures send my message well...parents could lepak here while the children enjoying their books...oh what's more interesting, there are also a movie room showing those 3D la 4D kinda movies. but have to pay la and the sits are limited...you could check out from the counter to see what's showing...welll what are you waiting for, bring your kids this coming weekend okehh haha...i should get paid for this : )

Wednesday, August 8, 2012

Smart Reader Kids TTDI Jaya

Alhamdulillah...harini dah masuk 20 Ramadhan, tinggal 10 malam terakhir untuk merebut Lailatul Qadar dan seterusnya marayakan AidilFitri...hati terasa sangat rindu untuk menunaikan solat sunat Terawih di masjid sebab semenjak melahirkan Nayra, memang tak berkesempatan nak pergi..iye la, kang nak letak mana pulak makcik tu kan hehe...

Tahun ni walau pun dah ada maid, tetap sukar nak pergi sebab risau keselamatan Nayra kalau bawak dia pergi terawih sekali...nak tinggal kesian pulak kat maid sebab ada baby kecik lagi nak dijaga, nak bawak hmmm...sah2 dia tak boleh duduk diam lagi, kang asyik berbisik ajak balik atau pun...worst hilang gi main ntah ke mana..huishhh sabar dulu la, maybe next year diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk merebut ganjaran ibadah sunat ini

Ok..talk about the main title as the above, pencarian tadika Nayra masih diteruskan sebab nak gather as much info as i can...haritu dah gi survey Smart Reader Subang (tak sempat amik gambar), kalini survey branch TTDI Jaya pulak sebab dekat dgn opis..


reception area cum office

                                                       
                                         ruang makan, pantri and kelas maths di belakang tu


                                               play area and also class for 6 years olds


                                           more on the play area...cantik kan hiasan dia

 
                                                                class for 5 years olds

                                                                class for 4 years olds

Ok Smart Reader branch TTDI Jaya ni kalau ikutkan, dekorasinya jauh lebih cantik & kemas daripada branch Subang 2...sebab di Subang adalah sangat crowded (students ramai), sempit, nampak kurang tersusun, tak lawa and the list goes on...di TTDI Jaya ni students kurang sikit (around 20++ overall) dan masih baru (since 2007)

But kalau ikutkan lokasi, off course branch Subang tu lagi convenient sebab dekat dgn rumah and the teachers pun nampak very dedicated...my neighbour yang run taska tu pun strongly recommend SR Subang 2 sebab anak dia pun school kat situ....mungkin kalau dah takde maid nanti i will consider sending her to the TTDI Jaya branch as they also provide transport to the nearby babysitter/taska chosen by parents (send by the teacher herself)

As usual..SR accept kids who are still using disposable diapers including the TTDI Jaya branch. I also like the principle (teacher Putri) and also teacher Azira who entertain me during my visit..from my observation teachers kat SR ni nampak dedicated sangat unlike the other 2 kindys that i went...layanan pun so-so ajer

Ok..payment pulak, as usual overall around RM1500 la including fees, insurance, terms, books and uniforms...mind you lain cawangan, lain cara diorg charge..tak tau la naper

I think i have made up my mind to send my little girl to SR Subang 2, nanti boleh register terus during open day bulan Oktober ni sebab ada diskaun & gifts hehe...

Thursday, August 2, 2012

Menu berbuka puasa harini

Harini dah 13 hari umat Islam berpuasa..pastu harini jugak la baru terasa nak update gambar menu berbuka syamariz sefamili ni..takpe la, ada jugak gmbr kan..


dari kiri (ikut pusingan jam); Ikan kerisi goreng (sendiri goreng kat umah), pajeri nenas 2 ketul (favourite Mr B, dia beli di bazar ramadhan), sambal tumis ikan bilis (juga favourite Mr B & juga masak sendiri), kuih akok pandan & lopes yang surprisingly yummy sebab beli di bazar ramadhan jugak, kuah gula untuk kuih lopes dannnn MENU UTAMA....masak lemak cili padi ikan merah kering + tempe + terung....

haaa simple ajer kan..tapi setakat itu je la yang boleh makan pun..dessert kalau sama kuantiti dgn laukpauk apa kes kan..kecuali la kalau kat umah tu ramai..ada makpak, atoknenek, makpak sedara, sepupu sepapat dan saudara-saudari (macam adik syamariz cakap waktu dia kecik dulu) haha..lagipun tahun ni anak bujangku shed dah further study, lagi la terasa kurang org nak makan kat umah ni..bibik makan sikit jer..nayra makan apa yang ada jer hehe...nisa pulak off course la susu jerr, kalau weekend ada anak dara sulung n anak bujang tu meriah la lagi sikit kot menu kat atas tu...sebab depa dok menambah dari bazar ramadhan dekat2 umah tu

oh ya..13 hb ogos ni syamariz dah kena start keje balik setelah 3 bulan berada di surrrrgaaaa...ohhh kejam...lagi seminggu nak raya tu tapi bos dah bagi arahan takleh tambah cuti sebab kena amik kelas urgent cissss...taktau la time tu nak masak or macam biasa import dari kafe opis seperti tahun2 terdahulu heheh..ehhh dah ada bibik pun nak tapau ker? ok ok...gigih masak ya we'll see

selamat berpuasa & bersahur serta menunaikan ibadat sunat para muslimin muslimat sekalian...wassalammm

Wednesday, August 1, 2012

Kindergarten survey for Nayra

My little girl happens to be not so little anymore...age and size to be precise! She is going to be FOUR next year and her weight issue is never gone...she is around 17kg now, nasib baik tinggi so boleh la cover sikit kegebuan dia tu..

Ok..now straight to the topic, nak carikan dia kindergarten since she is going to be at the right age to enroll in a kindy, also she has started to feel bored at home, doing the same thing everyday. Luckily syamariz is now on maternity leave for 3 months so boleh la layan dia kat umah...bila dah start keje nanti, kesian pulak..imagining she has to play and do activities on her own

Walaupun sekarang syamariz dah ada maid but her hands are full with baby Nisa..Nayra unfortunately has to be independant, better let her go to school la macam ni...

Hmmm..okay the reasons i can come out on sending her to a kindy are as below:

1. Dah sampai umur yang sesuai (4 years old)
2. Rugi membiarkan kreativiti dia tersekat di rumah..better stimulate her cognitive & psychomotor skills early
3. Bagi dia belajar communication & socializing skills...sekarang dia macam pasif sikit dgn orang
4. Kesian dia boring duduk rumah
5. Sementara ada maid nih, boleh la hantar dia ke kindy dekat2 dgn rumah if not kena heret dia ke kindy dekat2 ofis la

A few days ago, bawak anak dara tu pegi survey 3 tempat:

1. Smart Reader
2. Genius Aulad
3. Krista

Smart Reader:
  • Lokasi atas rumah kedai and very near to my house
  • Layanan profesional, explanation very convincing by one of the teachers
  • Sistem pembelajaran macam advance
  • Teachers nampak very dedicated and tegas
  • Medium of communication is english because students 1 Malaysia
  • Maximum 10 students in a class
  • Ruang agak sempit sebab banyak kelas
  • Terima budak yang masih pakai diapers
  • Makanan adalah snacks macam biskut, kuih or buns except friday dapat menu best sikit macam nasi lemak or bihun goreng
  • Fees - anually around RM1472 (tak termasuk uniform, buku , insurans etc ada la dalam RM200) and monthly RM240
  • Ada 2 session; pagi (8.15 - 11.15am) petang (12.15 - 3-15pm)
  • Principle dia Indian so takde subjek agama...cuma BM, BI, Science and Maths
  • Disember ada 2 weeks of class walau pun cuti sekolah
  • Annual sports day biasanya di Sapura Smart School, Subang and Annual concert di Summit USJ
  • September nanti ada open day..kalau register time tu dapat diskauns etc
  • Lupa nak snap photos
Genius Aulad:
  • Lokasi rumah kedai jugak and agak jauh sikit dari rumah, but still considered near la
  • Teachers nampak baik, lemah-lembut...dunno whether its good or bad
  • Tak banyak kelas..1 class for 4 y.o and 2 classes for 5 & 6 y.o respectively
  • Because kelas untuk 4 y.o cuma satu so maximum dia amik around 22 students
  • Ruang memang luas beserta kelas & perabot yang cantik..very ergonomics for the kids
  • Tak terima budak yang belum potty train (masih pakai diapers)
  • Makanan sama macam Smart Reader
  • Fees - anually RM968 (plus around RM 100 for uniform & books) and monthly RM268
  • Ada 2 sessions jugak; pagi (8.30 - 11.30am) petang (1.30-4.30 pm)
  • Principle Teacher Mawar..a very nice and soft spoken young lady dari Denai Alam
  • Subjeknya BM, BI, Maths & Islamic
  • Penerapan agama yang sangat kuat..ada sesi solat setiap hari, baca doa, kisah nabi etc
  • Ada one-to-one reading session setiap pagi..teacher panggil individually
  • Disember takde kelas
  • Outdoor event- ada lawatan ke surau etc tapi lokasi sports day tak tentu, tak tanya pulak pasal concert tapi sure islamic punya..tak merasa la nak tengok anak menari hula ker, joget ker hehe
  • Layan gambar :






Lokasi survey yang seterusnya adalah Krista tapi tak tercapai sebab dah tutup..syamariz sampai dah kul 12.30 tgh, rupanya dia tak ada sesi petang kot..takpe nanti nak pegi survey lagi kasi puas hati

Dah habis survey semua tempat nanti baru nak buat decision...sekian...

syamariz note:
kena gigih potty train nayra sementara ada seminggu lebih sebelum masuk keje ni..nanti susah nak masuk school

Nisa @ 2 months

                                                                 Nisa - 2 bulan
Hari sabtu lepas (28 July 2012) bawak Nisa gi cucuk 2 bulan...Alhamdulillah berat dah naik ke 5.8 kg dah aduhhh...cepatnya (masa sebulan dulu naik ke 4.3 kg dari 3.01 kg)

Kalini amik peluang sunatkan dia sekali..macam kakak Nayra, mama bawak Nisa gi jumpa Dr Roliza yang manis, ramah-tamah & baik tu ya...bukan tak suka Dr Fadzillah yang jadik paed Nisa aritu tapi senang bagi sama ajer dgn kakak Nayra...Dr Roliza pun dah kenal dgn kitorg, siap tegur Nayra dah tinggi so takde la nampak bulat sangat

Nisa cucuk 2 bulan ni takde la meraung sangat macam waktu dia sebulan dulu...dah besar sikit kot tapi rutin harian dia tak banyak berubah dari waktu dia newborn dulu hadoiiii...

Tidurnya masih seperti waktu newborn....susah nak bagi tidur kalau dah berjaga lama, then wakes up every hour, pastu kadang tido tak nyenyak asyik terjaga...kadang tu nangis tak bersebab, susu dah kenyang, diapers dah tukar, perut tak kembung rupanya nak tidur ajer pun tapi nangis2 marah dulu adoii laa...

Tak sabar tunggu dia besar sikit. Boleh sembang dan main....Jom layan gambar lagi : )


                kakak ya (nayra) yang sentiasa tak boleh tengok adik dia senang..kejap dia usap kepala adik, kejap dia pegang tangan, pastu check dada & dahi takut adik dia demam hmmm..bajet penyayang la tu


susah nak tengok Nisa sengih, apatah lagi senyum meleret..kebanyakan masa dia buat muka selamba jer..ni dia sengih sikit cecepat amik gambar : )


before going to DEMC..pose for the camera dulu...Nayra terlebih excited nak jumpa Dr Roliza sebab tu idola dia..mudah2an makbul la cita2 mama tengok Nayra jadi doktor Amin!

Tuesday, July 31, 2012

Kenangan melahirkan Nisa Azzahra

Okay..ni episod seterusnya pulak, dah ada cerita mengandung mesti ada cerita bersalin kan...bukan apa, ni la kenang-kenangan syamariz nak bawak sampai hari tua, untung ada blog ni..boleh jugak budak2 berdua tu baca bila dah pandai membaca besar nanti...

Sebenarnya due date pregnancy ni doc kata around 4 June 2012 tapi instinct syamariz kuat mengatakan macam baby nak keluar awal ajer cos :

1. perut terlebih besar dari usia kandungan
2. tak sabar nak bersalin awal sebab sakit satu badan dah bila masuk trimester ke-3..especially bawah pinggang belakang dan ari2 (pelvic muscle)
3. Bila dah 8 bulan ke atas, nak berjalan pun sakit sampai kena pegang kat area bawah pusat
3. Nayra dulu pun awal jugak (38 weeks)

Dan instinct itu pun betulllll....syamariz amik cuti bersalin (3 bulan) tu awal starting 14 May...dalam hati biarla amik awal, boleh berehat kat umah sementara tunggu nak bersalin sebab dah tak larat sangat dah nak bawak perut ni, berjalan pun ya ampunnn sakitnya especially bila nak memanjat tangga ofis tu..siap kena bersoal jawab lagi dgn bos pasai apa amik awal. Nasib la baik kelas pun dah berakhir untuk sesi Dis 2012 so senang la sikit nak memboloskan diri...

Tup! Tup! Amik cuti 14 May, bersalin 18 May....just the gap of 4 days, trust your motherly instinct my friends hehe...so here goes the chronology before Nisa Azzahra is born:

18 May 2012

5.00 am - contraction pain yang agak panjang, sakit dan luar biasa...tahan jer sambil berdoa agar cepat hilang- tidur balik

9.00 am - contraction masih tak hilang, perut asyik mengeras dan sakit nyutt nyutt nyutt...ehh dah nak bersalin ke harini i thought...if only ada tanda untuk mengesahkan macam keluar air ketuban or darah, masa 1st delivery dulu keluar air ketuban sikit-sikit

10.00 am - keluar lendir bercampur darah...ok setttt...confirm...call Mr B yang ada kat Kuala Selangor, mensetelkan urusan bank dia..kelam-kabut dia balik umah

11.00 am - bertolak ke DEMC..sebelum itu ada adegan air mata dulu sebelum meninggalkan rumah, Nabila dukung Nayra, Shed pun ada sekali...tunggu kat porch sementara syamariz & Mr B masuk kereta, ntah tiba2 rasa sayu pulak especially bila memandang Nayra yang menangis2 nak ikut...macam mana kalau mama tak balik langsung dah sob! sob! dan airmata syamariz pun mengalir laju sambil kereta bergerak meninggalkan rumah

11.30 am - sampai DEMC terus ditolak masuk labour room (No. 204 tingkat 2)..ingatkan waiting room rupa2nya terus bersalin kat situ..nurse check bukaan, dah 5cm kot rasanya..so macam biasa tukar uniform check ECG baby, Mr B gi register bla bla bla...tapi kalini nurse tak suruh pun gi toilet buang apa2 patut..syamariz pun memang tak lalu makan dah...terus menunggu sambil menahan contraction pain, tak la sakit sampai nak meraung tu tapi berkerut jugak la muka tahan sakit...Dr Mazita pulak rupanya tengah ada operation (C-sec)..kalau dia masih operation by the time baby nak kuar, maknanya nurse/midwife tu je la yg sambut

1.20 pm - Syakirah (my sis) kata dia dah sampai hosp tapi nurse tak bagi masuk so dia tunggu kat luar, mama etc pun tak sampai lagi sebab ada org tgh pasang aircond kat umah...Yas call kata dia dah hantar lauk kat my house (sebenarnya dah janji nak lunch together2 kat my house today, syamariz request dia masak huhu tup tup bersalin la pulak, dia dah siap masak bagai so hantar je la kat umah, rezeki anak2 jawabnya) hmmm....dalam labour room tu pun sempat amik macam2 call hehe

1.40 pm - tengah dok rilek2 tahan sakit tu tetiba terdengar bunyi popp! eh syamariz terkentut ker hehe...seriously that was what i thought at first....then terasa air suam mengalir keluar di celah2 paha...banyakkk...macam kena simbah ajer, ohhh air ketuban dah pecahh...terus panggil nurse bagitau...dan tak lama tu mula la rasa nak meneran...luckily Dr Mazita arrived on time ajer....and the nurses being so helpful, urut2 perut dan tolong push me forward to easily push the baby out

hmmmm...sakit memang la sakit...tapi kalini rasanya syamariz lebih tenang dari dulu, dah ada pengalaman kot...cumanya push tapi baby tak kuar2...walhal dah rasa baby macam dah dekat sgt nk keluar, so Dr Mazita kata takpe dia tolong..taktau la dia tolong cemana, vacuum la kott...akhirnya baby Nisa selamat dilahirkan jam 1.52 pm...time orang nak solat Jumaat, Alhamdulillahh...and the rest is history (malas nak cerita nanti pjg sgt) hehe

cuma nak cerita keadaan Nisa waktu dilahirkan tersangatlah penuh dgn lendir2 putih tu (apa org kata?? lapisan lemak ehh..verniks?? lupa pulak) mungkin sebab dia dilahirkan agak awal, at 37 weeks..so lapisan lemak tu belum hilang sepenuhnya..if i'm not mistaken. Dan yang melucukan dia siap shi shi (kencing) atas dada syamariz bila nurse letak di dada hahaha....panass je rasa air kencing dia basah kat kain tu...tak sabar nak cerita balik kat dia bila dah besar nanti

3.00 pm ++ baru dapat jumpa baby...bayangkan syamariz baru tau cemana rupa dia bila dah dibersihkan, berapa berat, panjang semua...after 1 jam lebih lepas dilahirkan

Terus dapat sms dari teman2 seofis ucap tahniah..eh sapa habaq ni?? syamariz tak sempat update status FB pon..ohhh rupa2nta PA ku yang tak bertauliah (Yas) dah awal2 ucap tahniah di FB...patut laaa

Terima kasih pada yang datang melawat antaranya Mak Chaq (1st person as usual sebab umah dia dekat), abg halim sefamily, Yati & Sazilah, my BFF Yas & family and my ex-student Akmal Hasni yang juga tgh sarat mengandung due date sama dgn syamariz...dia siap mintak petua cemana nak bagi bersalin cepat hehe..not forgetting my family and kids...dan juga...Dr Mazita Mashor yang lemah-lembut baik hati tapi efisyen serta nurse kat labour room DEMC

Esoknya 19 May dah boleh balik..by 5pm dah selamat sampai umah, kalini mama dapat jaga around 1 week plus kot..dan bermulalah sesi berpantang dan sesi berjaga malam...juga sesi sembelit...rutin biasa dalam pantang....kalini lebih stress kot sebab ada toddler and baby at once...nasib la baik dah ada bibik huhu

That's all..straight to the point (eh ye ke)...


**kenangan di hospital pada malam pertama..with Yas yg dtg melawat**

syamariz note:

1. Nisa kena jaundice pada hari ke-5 sampai ke-7 dgn bacaan 290 dan akhirnya turun ke 145 (buat phototherapy light kat umah ajer sebab DEMC dah penuh

2. Tali pusat dia tanggal pada hari ke-6




Friday, July 27, 2012

Kenangan mengandungkan Nisa Azzahra

Alhamdulillah usia Nisa dah 2 bulan seminggu dah..rasa macam kejap pun ya jugak tapi tak sabar tunggu dia besar cepat pun ya jugak...

Pengalaman membesarkan Nisa kali ni is so much differerent from her big sister Nayra...hmm i can consider Nisa ni difficult sikit to handle. Apa taknya..setiap sejam dia akan bangun mintak susu, takpun dah puas kendong bila letak celik mata. Pun tak suka kita duduk statik dukung dia..mesti nk mintak jalan2 sikit..yang letih tu sebab dia jenis baby yang tak berapa nyenyak tidur kot...pastu bila dah kenyang semua, nak tidur balik pun susah..sampai nak bawak dia keluar outing pun tak berapa konfiden takut dia meragam di khalayak ramai huhu

Tapi apapun mama bersyukur setakat ni Nisa sihat dan tak pernah lagi diuji dgn demam, batuk etc..moga2 dikurniakan kesihatan yang baik ya baby cayang

Bila dia dah besar sikit ni, mula la teringat balik saat mengandungkan dia..kadang tu macam tak percaya dia dah ada depan mata..jadi sebelum memori itu hilang (almaklum age is catching up) mama Nisa a.k.a syamariz ni nak buat corat-coret sikit pasal pregnancy dgn Nisa ni :

Trimester Pertama (0-3 months)
  • spotting dikesan sekitar 2-3 hari sebelum next period..tak syak apa2 sebab ingatkan dah terperiod awal tapi kesan tu sikit je..pas 2 hari dah hilang dah..eh period tak jadi??? hmmm what happen heheh...
  • lepas peristiwa di atas, macam dah boleh agak dah sebab Nayra dulu pun ada spotting jugak..then suatu friday afternoon, lepas membeli-belah groceries di Giant, rasa letih yang teramat dan macam nak pitam bila balik opis tu..apalagi terus tidur kejap di surau
  • 2 weeks period dah lambat baru nak check, tu pun sebab nak confirmkan ajer sebab gerak hati dah rasa dah pregnant..mual2 pun dah start..bila buat pregnancy test terus 2 palang tu npk..hmm Nayra nak dapat adik yippeee
  • Alahan pun bermula...macam biasa gosok gigi dah mual and disertai dgn muntah, setiap 2 jam lapar sampai pedih ulu hati, mata & badan terasa sangat panas sampai Mr B kena tuam dgn ais setiap kali balik keje..makan tak lalu tapi kena makan jugak sebab kalau perut kosong, perasaan mual tu lagi menggila huh..alahan berlarutan sampai 3 bulan lebih
  • First check-up dgn Dr Surinder (Subang Permai) lepas 2 minggu lewat tu..dah 6 weeks kandungan
  • Asyik minum air lemon suam untuk hilangkan rasa mual dan tak sedap badan
Trimester Kedua (4-6 months)
  • Check-up dgn Dr Surinder pada usia kandungan hampir 4 bulan dah nampak mengandung girl lagi..
  • Mula check-up dekat Klinik Desa Merbau Sempak pada usia kandungan dekat2 4 bulan..sebab tunggu habis alahan, takut nanti minum air gula muntah huhu
  • Alhamdulillah kalini tak kena gestational diabetes (kencing manis waktu mengandung) bila buat MGTT test (ujian air gula tu)
  • Selera makan dah mula meningkat...berat badan pun join sama la, patut la kalini mengandung perut lagi besar dari usia kandungan sampai ramai yang tegur twins ke
Trimester Ketiga (7-9 months)
  • Dah mula rasa sakit di bahagian ari-ari semenjak trimester kedua lagi tapi trimester ketiga lagi teruk..nak berjalan siksanyaaaa
  • On top of that..sakit pinggang sampai tak boleh tidur
  • Tak boleh makan kenyang sangat nanti mengah, letih dan tak boleh bernafas
  • Pernah check dgn Dr Surindar sebab baby tak bergerak..risau tapi ok jer..takde apa2 pun...penat ajer gi klinik hehe
  • Takde mengidam makan apa pun..cuma kalau teringin sesuatu tu rasa masa tu jugak kena dapat
  • Tak boleh rasa lapar..nanti sedih hehe
  • Usia kandungan baru 8 bulan tapi ramai tegur kata macam menunggu hari..adoii stress betul, maklum la perut tersangat la besar
  • Pegi check-up di DEMC (Dr Mazita) diusia kandungan dah 9 bulan..Dr Mazita pun kata perut besar
  • Kaki membengkak dalam 8 bulan setengah macam tu..sampai terpaksa pakai selipar pegi opis, sandal Scholl pun tak muat dah
  • Sempat pegi check-up di DEMC 2 kali ajer pastu dah bersalin
  • Kena jangkitan kulat sampai kena amik antibiotik dan drip waktu bersalin takut jangkit kat baby
  • Berat sebelum bersalin ialah 78kg (peningkatan 17kg)
Haaa..macam ni la ropernya ngandungkan Nisa..time ni baru 7 bulan kot tapi lihatlah perutkuuu..macam ada buah tembikai kannn hehe..besar dan padat


Ok..itu ajer rasanya kenangan mama ngandungkan Nisa ni...yang lain tu biasa2 ajer la..hmm kalau dah ada pengalaman mengandung, kena la cerita pengalaman bersalin pulak kan..kita nantikan episod seterusnya chewahhh..

                                         **kenangan bersama Kancil nostalgia**

Wednesday, June 6, 2012

Pantang - Day 21

Bila dah bersalin ni, rasanya ramai para2 ibu mengeluh nak abiskan tempoh berpantang ni kan..asyik la dok mengira hari, apa taknya...yang eden lomah sikit bila pantang ni adalah:

1. kena pakai setokin 24-7
2. macam2 makanan takleh sentuh (part ni ok kot sebab nak kurus)
3. takleh kuar rumah (tangan ni gatal jer nak drive balik)
4. lumur badan dgn macam2 benda tak bagi masuk angin etc
5. pakai bengkung almost 24-7 jugak (takpelah nak kurus jugak)
6. makan jamu (kalini amik cap air mancur uuuuu..)

hmm..apa lagi eh, rasanya itu lah kot..tak tau la pulak kot2 ada para ibu di luar sana yang sangat suka tempoh berpantang ni heheh..tapi apapun i try to enjoy my confinement period ni to the max sebab rasanya inilah kali terakhir kot huhu (tutup kedai dah pasni)

satu lagi bab mencabar kalini ialah syamariz kena batuk & selsema seminggu lepas bersalin..aduhhhh sangatlah tidak selesa, especially bila batuk tu sakit sampai ke bawah (nasib baik tak kena ceasar) , Alhamdulillah baby setakat ni tak berjangkit...so today marks the 21st day of confinement, that means another 23 more days to go...orrrr i just make it another 9 more days jer (aci tak pantang sebulan jer eh????)

Saturday, June 2, 2012

My Little Angels


                                                        Nayra Qalesya & Nisa Azzahra

what more do i want??? becoming a wife & mother have definitely completed my simple life..Alhamdulillah, thank you Allah for giving me the opportunity to experience this wonderful feeling...also i'm blessed with my adorable stepchildren (the little angels elder sister & brother), Nabila Najad & Rashid Azman...

Semoga anak-anak mama menjadi anak yang soleh & solehah serta mengenang jasa abah & mama dalam mendidik & membesarkan anak2 semua AMIN!

Latest addition to the family


                                                     Name: Nisa Azzahra
                                                     Nickname: Nisa
                                                     Birthdate / Time : 18 May 2012 / 1.52 pm
                                                     Birthplace : DEMC Shah Alam
                                                     Weight: 3.01 kg
                                                     Doctor: Dr. Mazita Mashor
                                                     Paed: Dr. Fadzillah/ Dr. Roliza

Dah lama tak update blog..bila update tetiba ajer dah ada org baru dalam family, welcome to my little bundle of joy..Nisa Azzahra on 18th May 2012

Semoga Nisa menjadi anak yang menceriakan kami sekeluarga serta yang penting membesar menjadi anak yang soleh, taat, bijak, sihat dan berjaya dunia akhirat..

Paling happy tentunya kakak Nayra dia (tatak ya), sebab dah ada geng nak main masak2 & baby doll nanti haha...