Monday, September 21, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H (20th Oct 2009)

Alhamdulillah setelah sebulan berpuasa, umat Islam berjihad melawan lapar dahaga nafsu serakah & memperbanyakkan ibadat, akhirnya tibalah hari kemenangan...hari riang ria...Hari Raya yea! yea!

Syamariz rasa bersyukur sangat, dalam keadaan terboyot-boyot (7-8 bulan), dapat berpuasa (almost) penuh...almost sebab tertinggal sehari ajer huhu, tu pun sebab gi klinik desa, hari yang teramat ramai orang...kena injection lagi..kepala dah pening, stamina dah ilang = terpaksa bukak pose hehe...so dapat la 29 hari tahun 2009 nie, Alhamdulillah...

Tahun ni kami balik raya kat Tg Malim, kpg Mr B! Nasib baik sejam ajer dah sampai. Syamariz dah tak larat dok setempat dalam jangkamasa yang lama..sakiiiiitttt sangat kat bawah tu dgn area pinggang (tongkeng). Minggu raya nie dah 32 minggu lebih......Raya ke-2 syamariz dah selamat balik umah sendiri balik...aikkkk kejapnya...why??? Mr B dgn anak2 akan balik raya ke kedah pulak, syamariz tak dapat ikut...bukan taknak tapi badan dah tak larat so daku merelakan, sebagai alternatif balik la umah mama kat SJ sebab semua orang risau syamariz dok sorang2 kat umah...macam tu je la sambutan Hari Raya tahun nie, simple & straight to the point hehe....

Corat-coret Aidilfitri 2009 :
  • Dalam keadaan sarat pun, syamariz sempat masak lontong kat umah mentua untuk juadah hari raya...hehe vangga2!! plus exercise bagi senang bersalin hehe
  • Kami takde 'theme' raya tahun nie...pakai suka ati ajer cos baju raya pun syamariz tak beli, pakai ajer baju gi opis...dah takde mood cos perut dah membesar, lagipun tak lama lagi nak meletup dah
  • Yang paling spesel...raya tahun nie jatuh pada hari jadi Rashid (my son), sebab tak sempat beli kek (plus kedai kek tutup hari raya), kami sambut in-advance kat Secret Recipe sehari sebelum untuk bukak pose...hadiah dah bagi in-advance gak...jam sporty Adidas!
  • Untuk kuih raya/kekacang/kerepek ajer tahun nie berabis dalam RM400 lebih huhu....

Wednesday, September 9, 2009

What did i do on 090909?

Woww..bukan senang nak dapat tarikh cantik macam nie, only occurs once in a millenium, so siapa yang kahwin harini, or being born today, senang ajer nk ingat tarikhnye...i still remember last year's beautiful date (080808), it was supposed to be my wedding (akad nikah) date, but then it turned out that many of my relatives weren't free on that day, and so it was postponed to 150808...hmmm oh yeah i just celebrated my 1st year wedding anniversary last month by the way...

So what did i do on this beautiful date??? Pegi check-up kat klinik desa!!!! huarghhh..yawnnn

My appointment for tummy check, BSP (Blood Sugar Profile) review & 2nd tetanus injection is due today, it really is a longgggg tiring waiting day...bayangkan syamariz dah sampai kat klinik around 8.15am, and already the waiting number is 44!!!! Bayangkan la 44 org...adoiii pukul berapa la nak abis ni. Tunggu punya tunggu around 11ish am baru no giliran dipanggil, itu pun setelah berpeluh2 menunggu & dah cramp2 perut & pinggang. Kul 12 baru settle everything...memandangkan dah lambat sangat dah nak berkejar ke opis, terus apply cuti jer..stamina dah zero, kepala pun dah berdenyut2..

And so here are the results for today's check-up :

Berat : 67.8 kg (dah turun..last 2 weeks it was 68.4kg)
Hb : 9.7 (whattt..rendahnya! Normally its around 11 something)
BP : 90/52 (Kenapa semua angka menurun nie...rendahnya tekanan darah, patut la kepala berdenyut2)

Penurunan angka2 di atas mungkin disebabkan oleh puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak nie...setakat nie (puasa di hari ke 19) syamariz tak penah tinggal pose lagi, Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, harap2 dapat pose full. Emmm...results yang lain2 normal including the size of uterus (is according to pregnancy weeks), baby's heartbeat & yang penting BSP reading tak payah cucuk insulin (eeee ngerinya), next appmt is after raya (30.09.09)

syamariz note : sekarang nie entry asyik pasal pregnancy ajer kan..nak buat cemana, that's the main story now, and i want to cherish the memories forever..

Saturday, September 5, 2009

30 weeks dah...

Hahaha...sedar tak sedar kandunganku dah mencapai angka 3....30 minggu dan trimester ke-3!!!
Tinggal lagi 10 minggu (atau kurang)..erkkkk bila fikir camtu rasa nervous pulak but at the same time tak sabar nak tengok baby...

Oh yeah..talk bout baby, setakat nie 2x scan nampak macam **tuttt** (elemen surprise sikit) heheh...bukan apa nak tunggu scan kali ke-3 untuk meng"confirm" sahihkan lagi bukti yg ada..tapi biasanya 1st baby nie tak kisah la jantinanya apa kan, janji sihat sempurna gitu...wpun ada sikit2 kncing manisnye simptom

Perkembangan terkini @30 weeks:
1. Berat dah naik 8 kg (starting at 60 kg now ballooned to 68 kg)

2. Selalu gak mengah..especially bila banyak jalan, banyak cakap or panjat tangga

3. Baby dah gerak since 5 months..memula ingatkan angin dalam perut, tapi bila dah kerap sangat rasa, dah boleh agak dah mesti si kecik nie dah start exercise dalam rahim hehe

4. Dah pegi antenatal class anjuran DEMC kat Hotel Concorde Shah Alam 9 ogos lepas (@ 6 1/2 months pregnant). Paling best...syamariz dapat anugerah "Most Cute & Sporting Mom" at the end of the event hehehe..must highlight nih, hadiahnya beg serbaguna dari penaja utama Wyeth, jadiklaaaa...in case ur wondering, anugerah lain ialah Most Stylo Mom & Most Caring Father.

5. Yang tak berapa best sekarang ialah...I'm having such difficult time sleeping!!! Sebabnya..bila perut dah membesar nie, dia akan menekan bahagian ari2, yg akan menjadikannya "cramp", tegang, senak, sengal etc.....nak berjalan pun susah (sampai kena pegang kat situ) , nak tido apatah lagi. Pinggang pun toksah cakap la..duduk lama skit mulalah lenguh. Tido kena posisi setengah duduk, letak bantak banyak2 kat belakang for extra support...mana la mata nak lelap sangat, tak lama jadik mata panda la nie..

6. Makan pun tak boleh banyak sangat dah, ruang perut dah sempit kena tindih dgn rahim, kalau overdose makan boleh mengah dibuatnya

7. Baru paham apa maksud "simpul biawak" di kalangan pregnant women...aduhhhhh sakitnyaaaaa otot betis, very undescribable...esp menyerang di waktu malam, bila tengah2 tido and nak ubah posisi kaki, tup tup muscle cramp kat area betis tu...nak menjerit pun tak kuar suara, tapi nasib baikla bukan tiap2 malam dia menyerang...ni selalu berlaku esp kalau siangnya banyak berjalan serta kes kurang kalsium dalam badan

8. Baby gerak tak mengira waktu..kalau ikutkan dia paling aktif lepas kita makan, excited kot dapat merasa sekali, and oh yesss...di waktu malam bila kita baru nak carik mood nak tido, dia dok bergendang dalam perut. Another reason why i'm having difficulties sleeping. Kadang tu sampai senget-menget perut dibuatnya, mama dia pun tergelak sendiri. Kalau dia tak gerak lagi risau weiiiii...so takpe la...nak sommersault ker, gymrama ker, as long as the baby is moving, it is good sign!

9. I'm now taking Obimin & NeuroGain PB for supplements..pil kalsium ada beli gak tapi malas nak makan sebab tablet dia besar2 sgt..

10. Masih check-up kat Klinik Desa (in fact i have appmt 2moro), doc masih bising dgn sugar level dalam blood, rasa nak stop ajer...as i'm planning to deliver at DEMC, might as well buat check-up kat situ ajer (sekurang2nya kena 2x), tengoklah cemana...

11. Setakat nie Alhamdulillah takde tanda heartburn, sembelit, bengkak kaki or strechmarks

12. My skin is of better quality while pregnant..less oily & nampak berseri sikit, echewahhh..ni ramai la kata tau, rambut pun kurang gugur & nampak shiny skit, hormon kot...tak tau la masa dalam pantang nanti cemana, jangan reverse effect udah ler..

13. Dah tempah mak bidan dari perlis yang boleh dok sekali masa pantang (ehsan my gud friend Shaz), maybe nak suruh dia tinggal for 2 weeks kot, bayar gaji hari beb! Tapi lega la cos dia boleh buat semua....urut, tungku, mandi baby, masak lauk pantang etc

14. Dah beli barang baby masa usia kandungan dekat2 7 bulan....lokasi utama adalah Sogo & Jusco, nak2 pulak tengah Mega Sale....Beg Mama & Baby pun dah siap, tinggal nak masuk dalam kereta ajer...

15. Lastly, sebagai peminum Nescafe tegar....diriku dah kembali meneguk minuman kegemaran tu right after kesan mabuk2, loya, pening semua tu dah hilang hehehe....(@14 weeks), tapi dun worry sekali sehari ajer, mesti la risau kat baby gak tapi mama dia nie takleh hidup tak dapat Nescafe, abih cemana.....dalam pantang nanti, promise tak minum (waaaa tersiksanya)!


** Sekali dah buat coretan ni panjang lebar la pulak, kalau dah malas tu berbulan tak update**

Kemalasan yang melanda..

Kemalasan yang melanda diriku untuk meng'update' blog dah sampai ke tahap dewata dah. Kadang tu rasa macam nak stop ajer blog nie..tapi pikir2 balik mana la tau tiba2 ada mood nak update, nanti blog dah gone with the wind pulak, so boleh la anggap macam blog "Hidup Segan Mati tak mau" hehehe...

Antara sebab-sebab perasaan malas tu muncul :
1. Takleh nak update blog kat opis sedangkan banyak masa dok kat opis, sampai rumah banyak pulak citer lain...penat la, keje umah lagi, masak lagi (kalau rajin), laundry session, takpun....ingat katil ajerr

2. Being pregnant makes me feel so lazy to sit in front of the laptop...takde mood nak beralam maya...

3. Kabel kamera ntah hilang kemana, manyak susah nak upload gegambor..lagi la takde mood nak update blog dgn tulisan ajer

Haaa...rasanya itu ajer la point2 utamanya...ubat penyakit nie setakat nie adalah pil motivasi yang tak dapat dicari di mana2 farmasi kat dunia ni, dia kena produce sendiri dalam badan hahaha....

***Menaip nie pun rasa macam takde mood dah...

Tuesday, July 28, 2009

25 weeks dah...

My oh My...perasaan malas yang tersangat besar melanda diriku untuk mengupdate blog

Tumpang dah terajin bukak ni kan..hmmm let's see where shall i start

Oh ya..minggu ni dah nak masuk 25 weeks (setiap hari rabu actually peningkatannya), and so far..nak kata i had an easy pregnancy tak jugak..tapi nak kata full of complications pun takkk...hmmm biasa2 aje la..

Masa pemeriksaan kat Klinik Desa (around 4 months), syamariz kena buat pemeriksaan gula dalam darah (sebab umur > 35), caranya malam sebelum check-up dah start puasa since 10pm, esoknya check darah at 8am pastu minum segelas tinggi air gula..huk huk nak muntah dibuatnya, naik pening minum tapi gagahkan jugak, lepas tu check darah lagi.....daripada 2 bacaan tersebut, terus diorg diagnose syamariz kena kencing manis masa mengandung (gestational diabetes) sebab bacaan yang tinggi (> 6) uwaaaa..

Akibatnya, setiap 2 minggu kena berulang ke klinik desa buat check darah 4x sehari (8am,10am, 3pm & 9.30pm)untuk tengok bacaan gula dalam darah, pastu kena jumpa doc untuk analisis bacaan tu. Adoiii...penatnya....doktor pulak kata kena buat macam ni sampai la bersalin, whattttt....dah la opis & rumah jauh gak dgn klinik desa tu, pulak tu syamariz kena kawal makan...kurangkan makan nasik, roti putih, benda2 manis (termasuk buah yang manis) etc....memang dugaan sungguh waktu mengandung yang senantiasa laparrr nie...

Bila dah penat asyik kena berulang ke klinik, syamariz beli ajer alat check darah tu, buat sendiri pastu jumpa doc..hahhh lagi senang, dah tak kuasa nak takut check darah sendiri hehe...esok baru nak jumpa doc, lepas dah kawal2 makan nie bacaan gula macam dah ok jer..we'll see

note : takut la kalau gestational diabetes ni uncontrollable...side-effectnya off course kat baby...baby akan jadi besar so akan mengakibatkan pre-term labour/ kena buat c-sect, masalah jantung pada baby, baby with low-blood sugar level at birth, baby will develop diabetes in the future etc etc...

Wednesday, June 10, 2009

18 weeks and counting...

Today marks my 18th week of pregnancy...syukur Alhamdulillah! And now only i have the determination to finally update my blog hehe...that is after the nausea & dizziness phase have calmed down..

So far i think i'm doing ok, aside from my ballooning weight gain (i progressed a bit too fast in the weight area!)...i also had done checkups at both private & government clinics, bukak kad merah, ultrasounds, beli baju pregnant, eating my supplements, read maternity books.... and still are doing what pregnant mothers normally do during pregnancies.

Just to remind myself, here are the chronologies so far :

4 1/2 weeks : I discovered my pregnancy using self-test pregnancy kit given by Ujie. As my period is almost always punctual, sehari lewat jer syamariz dah meraban buat test, and the result brought me down to tears, what are u kidding..nooo, i was grinning like Mc Donald's the clown folks....terus inform hubby hehe

5-6 weeks : Serangan dimulai dengan heartburn (pedih ulu hati) yang sangat menyakitkan, i have to take that white medicine to ease the pain. Tak boleh perut kosong langsung, mesti kena pedih ulu hati, akibatnya bermulalah fasa asyik mengunyah ajer. Sometimes its not because of hunger, i just need to constantly munch on something in order to avoid the pain, tapi tetap kena jugak....malam2 nak tido punya la susah

7-14 weeks : Morning sickness strikes!!! At first i felt light headed sort of pening lalat....than my throat began to have a weird funny taste around it. Tekak rasa pahit & payau menyebabkan perasaan loya & mual mula berkembang. Pada tahap ini, sebarang bau-bauan yang ekstrim akan mengembangkan lagi tekak anda seperti bau masakan, bau dapur, bau bilik air, bau perfume termasuklah bau suami hehe...

Muntah pulak dimulai bila gosok gigi, whenever i brushes my teeth the result would be..i would throw up after a few seconds my throat received the taste of that toothpaste. Naik fobia gosok gigi pun ada jugak, tapi terpaksa la kan...nanti orang lari pulak. Selepas itu, muntah lagi bila terbau benda2 ekstrim dan juga bila perut kosong masuk angin. Maka badan pun mancanak2 la naik sebab asyik kena makan.

Among the food/drinks yang syamariz tak lalu time mabuk nie....teh, kopi/nescafe, susu anmum, susu lembu dan telur. Kalau makan pun tak lalu banyak2...takut mual. So kena makan sikit2 tapi sangat kerap..around once in 2-3 hours. Yang terkejutnya, i hate nescafe at this phase. Mind you..that is my favourite drink in the world. Sebabnya...kalau minum sure mabuk lagi teruk. Selain loya, muntah & sakit kepala...badan pun asyik rasa lemah dan takde tenaga.

Saat2 ini sangat menduga kesabaran. Banyak masa dihabiskan terbaring. Nasib baik Mr B boleh diharap buat kerja2 rumah, if not tongkang pecah la jawabnya. Bila dah tak tahan sangat, ada satu hari tu muntah sampai 3 kali, naik lembik dibuatnya sampai nak bercakap pun boleh loya, pegi private klinik, doktor bagi injection tahan muntah baru la rasa ok...after that kalau loya, makan ubat tahan muntah yang doc bagi ajer...

Oh ya, at 8 weeks of pregnancy i did my first ever ultrasound to have a look at what's growing inside my tummy. Saat bila tengok ajer my little baby kat monitor tu, perasaannya tak tau nak cakap. Macam tak percaya ajer, happy, terharu, excited...hilang sekejap sengsara morning sickness tu!

14-18 weeks : Makin lama perasaan loya & pening makin hilang. Gosok gigi pun dah kurang sikit nak muntah tu...i started doing checkups kat klinik desa at week 14 (3 1/2 bulan). Belum decide nak bersalin kat mana so to be safe better buat checkups at both clinics. Kat private cuma buat ultrasound ajer, wherelse kat klinik desa, checkupnya lebih thorough siap amik darah semua...

As my body is so rapidly growing (including my assets)..i have to change my wardrobe sooner than expected. At 3 months plus...i can no longer wear my jeans/trousers/skirts/kain baju kurung without the help of a belly belt (dipinjamkan oleh Ujie...again!). Then at 4 months....hanya kain baju kurung yang muat, i have to start wearing maternity skirts & pants to replace my dear jeans. So u can imagine how "makcik" i look like right now. Forget the high heels that i'm so used wearing, now only selipar & flat shoes (loafers) can be worn, if not muscle cramp la jawabnya especially at the calf (betis) area.

Beyond all that sufferings & traumatic feelings, there is an undescribable wonderful joy that i could barely hold. There is a human being growing inside me ! My flesh & blood! The miracle i have been waiting for all this while. That keeps me motivated, ecstatic and strong. Syamariz cuma berdoa diberikan kekuatan & kesihatan yang baik. Hope everything goes smooth sailing. This year, November would never be the same again. It would be the month that my little pride of joy would be born. Till then...i would always be counting the weeks like nobody's business hehe...

Tuesday, March 31, 2009

The First 3 Things that I bought....

Hehe..as soon as i found out that i was preggers, i quickly grab these 3 items that i've been eyeing on for such a long time..ye la, kalau tak preg takkan nak sajer2 pakai kan...so around 5 weeks dah start dah dgn begitu anxious sekali...





syamariz note :
At week 6-7, when morning sickness started to rule my body, i can't brush my teeth properly without having the urge to vommit. Rasa ubat gigi dalam tekak sangatlah memualkan. Akibatnya sangat fobia untuk memberus gigi ok..can somebody help me? And i stop drinking Anmum for a while...ewwwwww tak lalu la pulak, tekak kembang semacam je bila nak telan..so i just loyally stay on my consumption of folic acid.















Saturday, March 28, 2009

We're having a baby!!

Syukur Alhamdulillah.......setelah sekian lama menanti (err 7 months to be exact) akhirnya Allah SWT telah memakmulkan doa dari hambaNya ini....

Mr B & syamariz are delighted to inform that we are indeed pregnant!! Well technically its suppose to be the wife who's pregnant, but hey the baby is ours and both play equal roles in expecting the baby kan...whatever it is syukur sangat2, kalau takde apa2 halangan my EDD would be in November 2009

I'm in the phase where sometimes u feel lightheaded, the world is spinning like a gasing punye pening, nausea but not followed with vomitting thank god, no appetite eventhough ur constantly hungry, sore breast, sakit pinggang, angin and minor heartburn

Tapi apa-apa pun, i'm not complaining...will try my very best to take care of myself & the pregnancy, i may not have the mood or willpower to post my entry at times, but will surely update important/memorable things during this precious time, as this (blog) is the best time capsule ever invented by human beings & its free hehe..

Doakan syamariz ya....

Sunday, March 15, 2009

Hangin' out with old friends

My old friends & me...see how chubby i have become now (*#@!)
Sometimes it feels real good catchin' up with old friends that u knew way from ur student days. Kawan2 yang telah mengenali kita sejak dari zaman enjoys sampai la zaman dah mid 30's nihh..

This is me with Along & Ujie hangin out the other day at Coffee Bean, Subg Parade...biasalah kalau jumpa mesti lepak kat cafes, sembang berjam2...bukak balik citer nostalgia dulu then beralih pulak citer semasa.

Actually, memasing dok KL jer tapi payah bebenor nak jumpa...yelah Ujie tengah sarat mengusung perut 1st child (InsyaAllah a daughter due in May 09) meanwhile Along pulak usahawan nak berjaya heheh...bila sesekali jumpa macam nie, kitorang bertukar2 belated birthday presents from 2008 heheh..

Setakat nie, without fail lagilah our exchanging birthday presents routine since wayback from our graduation days. This is to ensure the friendship will keep on remaining till..who knows when. Eventhough memasing dah dgn hal memasing...kawan2 lama lain pun once in a while ada jugak jumpa, but not as frequent as among the 3 of us

So to keep the story short, i got a L'occitane body lotion in cherry blossom, ujie..2 set of tudungs & bracelet, lastly Along...a white jeans & a dinner clutch.

syamariz note:
i met up with anne & phida the other day too over coffee but without the pictures sob! sob!

Jus Diet Mate 5

After i got married, i've ballooned up to 4-5 kilos..the weight had gradually increased to 60 kg as at Feb 2009, mind u i've never reach 60 kg before..my normal weight is around 55-56kg, so as compared to my height of 154cm, 60kg would definitely make me look "terlebih berisi" di sana sini...yang nyata kain baju kurung sudah terketat di bahagian perut huhuhu...

And so, i quickly make my way to find the solution...hasilnya Jus Diet Mate 5 (JDM5) seperti gambar di atas. Actually, memula nak try Herbalife tetapi memandangkan harganya RM3++ satu set (gulpp!!) so bertukar pulak ke JDM5 yang berharga RM200 sekotak (2o sachets). Kalau beli 3 kotak sekali gus, dapat harga RM150 sekotak. Memula nak try ni, syamariz try la yang murah dulu kan...

Rasanya sedap macam air oren Tangs dulu (saper ingat?) cuma kena letak banyak sikit air cos the taste is a little too sweet for my taste bud. Caranya minum sekali sehari. Nak minum tu kena 2 jam selepas makan. Lepas minum JDM5 pulak, tak boleh makan selama 3 jam. Ada 20 sachets sekotak so it can lasts for 20 days.

Pagi & tengahari makan macam biasa (kalau boleh cut half of the normal portion) then boleh minum JDM5 waktu petang (around 6-7pm)...mula2 minum memang rasa pedih2 perut sikit waktu malam, boleh makan light snack to ease the hunger pangs eg: biscuits.

Selain boleh menguruskan badan, JDM5 nie juga menggalakkan kesuburan & aspek2 kesihatan lain tau. I have extra confident over this product cos it was developed by an O&G doctor who are also an expert in obesity treatment, Dr. Che Rozmey (CEO Jitra Specialist Centre). Advertorial dia juga selalu appear dalam Harian Metro. Selain jus pelangsing nie, dia juga keluarkan jus untuk kecantikan kulit/dalaman serta kopi espresso untuk lelaki.

Sesiapa berminat nak tau lebih lanjut, boleh la melayari laman web www.herbaprima.com.my