Friday, October 31, 2008

Majlis Jamuan Kongsi Raya PSA 2008

Di saat akhir2 bulan Syawal pun ramai lagi berebut2 nak buat open house kan...termasuklah kat ofis syamariz nie, hari rabu lepas (29 oktober) telah diadakan sambutan kongsi raya (aidilfitri & deepavali), mula2 memang bercinta betul nak datang almaklum buat hari rabu malam, hari keje la pulak..last2 pegi jugak, tarik Mr B dan Shed datang, makan..makan..makan..kenyang..balik!

Rasa pelik pulak syamariz datang kat event opis takyah buat apa2 keje..kalau tak, ada function ajer mesti kena jadik emcee la, usher la, itu ini..tapi yang nie best, datang makan free heheh..ni 1st time bawak hubby & son to my official function, next time Annual Dinner pulak, this coming December.

Majlis Jamuan Mesra Raya PSA 2008
29 Oktober 2008
Dewan Besar PSA
Menu : Nasi Briyani & laukpauk, Laksa, Sate, Nasi Himpit Kuah Kacang, Bubur Caca, Kuih Muih & Buah, Kordial & Teh Tarik











p/s : ni muka gelisah tunggu nak makan cos speech panjang sangat ekekeke...




Wednesday, October 29, 2008

Majlis Graduasi Nabila

Seperti yang rakyat Malaysia tahu, peperiksaan SPM akan berlangsung bermula pada 11 November ini. Dan seperti yang diketahui (pada yang tahu la kan..), anak dara syamariz, Nabila yang kini form 5 di SEPINTAR pun termasuk la dalam statistik tersebut...

So last weekend she went home for a special event dedicated to the fifth formers organized by the school. Biasa la..budak2 boarding school mesti ada event2 camni kan...merasa la nak konvo time sekolah lagi, tak macam syamariz huhu...bila masuk U baru la kenal majlis2 konvo nie..

Anyway, the event was held in Concorde, Shah Alam and attended by parents or family members of the students....bukan free you, kena bayar tau hehe..antara agendanya biasa la, ucapan daripada pelbagai pihak, majlis penyampaian sijil graduasi pada 200 lebih pelajar tu dan akhir sekali MAKAN!

Paling kelakar bila tengok budak2 form 5 tu kemain riang-rianya buat sesi photoshoot selepas selesai majlis...semua tersengih ajer dapat makan kat hotel & gambar ramai2 pakai jubah, wahhhh semua muka happy ajer...bukan itu yang kelakar, tapi aksi tu macaaammm la dah selesai SPM tu haha...jangan kantoi sudah la ya, penat pihak sekolah dah buat in advance graduation nie...hope keputusan SPM nanti boleh buat u alls tersenyum lebar macam kat majlis graduasi ni jugakk...ALL THE BEST TO THE FIFTH FORMERS IN MALAYSIA & ESPECIALLY TO MY DAUGHTER NABILA NAJAD!!

Ni gambar2 semasa majlis tersebut :

Kena la daftar dulu ekk..Nabila tengah mendaftar la nie..tema majlis kaler biru sebab tu biru ajer pandangan dalam gambar nie..

Proud parents...alamak ada gaya Datin Seri tak syamariz dalam gambar nie, Mr B toksah cakap la, dah macam YB pencen dah tuu hehehe..




Spoilt betul la gambar nie..blur pulak, anyway..ni Nabila tengah amik sijil dia



Haaa..sukernya dia dapat makan2 dgn riang rianya aritu, pasni jangan harap la dapat sengih lebar camni....SPM tinggal lagi 2 minggu u...hope u can do the best Nabila! Pada sesiapa yang mengenali diriku ini..doa2 la ya untuk anak dara yang sorang nie so that her mama can be proud of her with SPM result yang berwarna-warni oppsss..flying colurs!!





makan & makan lagi...

Sebenarnya dah lama nak buat entry nie maklum la kejadiannya pun weekend yang lepas, tapi biasa la kan..komputer ni asyik ikut suka dia, kalau mood baik kira ok la nak masuk pix, kalau tak hmmm postpone la macam nie..

Dah mengah kekenyangan..pose tetap pose hehe..oh ya, weekend lepas Nabila balik umah for her Graduation event on monday (deepavali) so on saturday, bawak dia jalan2 gi open hse sana sini, maklum la budak asrama..siannnn asyik terkurung ajer, ni bagi dia happy sikit sebelum SPM 11 November nie...besar dah anak dara syamariz nihh, mau SPM sudahh

Ni open hse kat umah my 2nd boss..the lady in blue is his wife kak shikin, who cooks excelent curry mee..by the way, she is such a nice lady as well

With my colleague Baya...she had just moved to her new home in Mayang Sari a couple of months ago..dapat la tengok rumah dia, sangat terpegun melihat halaman belakang rumah dia yang sangat luas..boleh main badminton u! Oh ya...her nasi tomato, ayam masak merah & daging kurma pun sedappp sangat sampai Mr B pun puji, aiseymen cemana nie..kena belajar gak lah hehe
Oklaa..i think enough about makan & food already, muka syamariz pun dah membulat macam bola dahh..bulan Syawal pun dah semakin hampir melabuhkan tirainya, so kini hadir azam baru nak menjalani kehidupan yang lebih sihat (dan kurus..oh itu suda mesti)...kan best kalau jadi macam artis hollywood tu, ada personal trainer & nutritionist...hari2 ada orang tolong, memang la senang diorang kurus kalau macam tu kan...sediakan $$$$$$$$ ajer...takpelah syamariz pakai mesin ajer, mesin apa? Hmmmm...next entry i will kiss & tell!



Tuesday, October 28, 2008

makan..makan...makan...

Last weekend i really had a feast..jamuan raya & kenduri were like non-stop till my stomach got bloated like a whale hehe..maklum la minggu akhir Syawal, ditambah dengan Deepavali pulak..berpesta betul rakyat Malaysia ni makan

Starting Friday sampai Monday tak abis2 agenda makan...senang citer, tak payah kuar belanja makan cos ditaja di rumah orang ekekeke...nak list sumer tapi tak semua event yang syamariz bawak camera so amik apa yang patut je laa..macam ni ha, kenduri kat Gemencheh (Kpg Air Penaga) rumah kawan Mr B..

Lauk pauk dia sedap sangat..dah la masak sendiri, pastu lain dari lauk kenduri yang standard tu, that's why i like going to kenduri in the 'kampungs'..cos they serve "exotic food' hehe..macam kat sini ada lauk rebung masak lemak, sup tulang, gulai kawah slurrrpppp..tu pun deme kata umbut abis, kalau tak mesti lagi berselera syamariz makan..ni lah buktinya, sebenarnya dah licin tapi mintak tambah lauk..ni pun dah hampir licin hehe..

Pengantin basi hehe..haritu tak berpeluang duduk atas pelamin kan, so berangan la kitorang sekejap time ni, warna baju pun ala2 kaler pelamin gak hahh..ok sangat la tu, time ni ramai tetamu dah balik dah..so tak lah segan sangat nak gambar syok sendiri macam nie haha..

Haa..ni la pengantin yang original, with the whole family..
Balik dari kenduri kat Gemencheh ni singgah pulak umah Yas kat Denai Alam, tu pun sampai dah dekat kul 6 petang, jauh rupanya Gemencheh nie..ada la dalam 2 jam setengah....rumah Hanim pun ada open house, tapi tak sempat nak pegi cos dah lewat sangat..perut pun tersangat la kenyang..ingat nak balik umah tidoooo ajer heheh..



Tuesday, October 21, 2008

Dari kacamata seorang Emcee

This was actually taken on 22nd October (last wednesday) when we had Hari Kualiti & Integriti 2008 at my office (ofis gomen kan, haruslah ada xtvt2 camni..)

Diriku menjadik emcee (sib baik tak mc teruss)..tak volunteer pun tapi dah ada yang mintak tolong, tak sampai ati pulak..lagi pulak diorang dah tolong sediakan skrip so syamariz pun syok sorang2 la berangan macam baca berita dalam Berita Perdana..haaa macam ni la pandangan diriku dari sudut atas sekali Dewan Kuliah nie..


Lepas abis majlis, terus beramai2 ke foodcourt (kantin kampus) untuk jamuan mini raya dengan hidangan seperti lemang, nasi himpit, rendang, soto ayam, sate & aneka kek/biskut raya..sedap sehingga diriku menapau (kesian teringat orang2 kat umah huhu)...next week baru jamuan raya besar2an pulakk..aduhh berapa kali jamuan raya daaa..cemana la nak kurus skit camni!!

Mr B is the birthday boy..


Semalam 20 Oktober 2008 besday hubby..dengan rasminya Mr B telah meningkatkan lagi umurnya kepada oppsss...40++ gitu hehe....anyway tiada ucapan teristimewa dari syamariz cuma mendoakan agar dirinya sentiasa dimurahkan rezeki, dianugerahkan kesihatan yang baik, diberkati & dirahmati hidup serta dipanjangkan jodoh..i will always pray for u echewahhhh
syamariz note : hujan jer sekarang kan...sejukkk hehe..to those who live in the flood infected area plz be careful, especially those who live up north, dgr2 sekarang kat utara nunn dah start banjir

My mini open house

Lepas kawin aritu tak sempat syamariz & Mr B jemput2 famili datang umah makan2 ke..sembang2 ke kan, so time2 raya nie elok sangatlah mengeratkan silaturrahim sesama famili. Kitorang pun pilih tarikh 18 oktober (sabtu), jemput families on both sides datang umah..nak jemput ramai2 (termasuk ofismates & kengkawan) tu rasanya macam tak ready lagi..tengoklah tahun depan cemana..harap2 rezeki murah aminnnn

dessert table..kuih raya berderet, time order tak hingat dunia haha..last2 ada yang tak bukak pun lagi, time nie baru bukak susun elok2 dalam balang

buffet table..

menu simple jer..nasi ayam, laksa, nasi impit & rendang ayam


Itu jer y'all....harap2 next year leh buat yang vavavvooomm skett, leh jemput reramai datang umah, till then...

Monday, October 20, 2008

Jamuan Raya @ office

Actually jamuan raya nie last friday (17/10/08)...nie kat peringkat department je la (JPG), peringkat besar-besaran the whole campus tak tau la bila..jangan deme suruh syamariz meng'emcee'kan diri lagi udah..akakkkk lagiiiii...dah berapa tahun dah tak dapat nak enjoy makan sebab kena bercakap, ini tahun nak datang makan ajer..eiiii boleh ke..ahhh kalini tak kira..so here's a very simple, straight forward pix of last friday's raya buffet :

dessert table

menu wajib..lomang & rendang, menu lain nyer pix tak amik cos syamariz nak pulun yang ini heheh..alah yang lain emm mee kari, nasi goreng, bihun goreng, satay, nasi impit...and the list goes on


wajah-wajah puas hati kekenyangan : )....pas makan agenda wajib, sembang isu terkini rumahtangga masing2 haha..

last but not least...satay, okay dah kenyang..bila dah kenyang mula la nak diet, bila makan tak hingat dunia hehe

Thursday, October 16, 2008

A gloomy season..

Its been raining these few days..pepetang ajer mesti hujan, kadang tu mandom ajer rasanya..the good part of it, the air is cold and windy..but to some people it could be nervewrecking, especially those who live in the flood infected area, for instance TTDI Jaya near my office...kalau hujan turun lebat & berpanjangan ajer mesti nervous takut banjir

Ni semalam nak balik keje...

ahhh..so gloomy...

Bukan setakat cuaca jer yang mendung tapi keadaan negara sekarang..bila baca paper or tengok berita ajer macam dilanda ketakutan dan kerisauan..

  • Teresa Kok nak saman Utusan, Utusan nak saman Teresa??? (what the....what is wrong with this woman?)
  • Isu perkauman yang semakin banyak ditimbulkan..semakin ramai yang berani bersuara kini tentang ketidakpuasan hati, kenapa tidak di zaman pemimpin terdahulu?? Datuk Seri..please do something
  • Nak bunuh orang sekarang cukup mudah..bom & tembak dari jarak dekat sudah kedengaran tidak asing lagi..itu yang bunuh orang, belum masuk kes bunuh diri lagi..
  • Kes rasuah yang cukup memalukan...how can u gain respect from others if the leader themselves shows humiliating examples...setiap hari ada ajer yang kena tangkap makan sogok!
  • Madonna nak bercerai? AR Badul pun nak join? (isu tempelan hehe)
  • Yang ok sikit..harga minyak dah turun...harga barang keperluan bila lagi, taknak join jer?

Hmmmm...enough for now..hope there's sunshine brightening up our spirits soon...


Wednesday, October 15, 2008

That lazy Garfield of mine

Ha tengok la tu..asyik tidooo ajer keje dia..makan then tido, makan lagi tido balik..exactly like Garfield, tido pulak macam2 aksi maut dia

Ni la our new family member mentioned before in my entry "The Family Cat" nama "S"..dah tau apa nama betol dia? Hmmm..i think i've given a clue before too, ok la senang cakap panggil jer awang pemalas muka macam maskot Friskies ni Sepol hehe..sekarang ni penceria hidup kami sekeluarga dengan aksi dia yang ntahapahapa tu..its actually a mind-theraphy to have pets around, especially when ur feeling low & lonely..so go get one now..

syamariz note : you can get cats (or dog) that is in good condition and cheap from PAWS (Jalan Subang Airport) or SPCA (Ampang) instead of buying them at expensive petshop in shopping malls..have some mercy for these cute fluffy creature ok!






Open Hse @ Kak F's

Nie je la gambar yang syamariz sempat snap kat open hse last week..thanks to Kak F (my opismate) yang kebetulan duduk dekat2 dgn umah my hse...dia buat nasik ayam, bihun goreng, roti jala, nugget, kek coklat, fruit tartlet & buah etc...jiran sebelah umah pon buat tapi kami tak sempat datang, alahaii..nanti jemput la lagi hehe..open hse lain lak umah sedara-mara dgn member Mr B kat Rawang..emmm ada saper2 lagi nak jemput kami sekeluarga?? Jangan segan-silu sms ok hehehehe...

Ceria selepas makan...Kak F, me, Aina, Yas & Aiman

Geng lelaki dok luar lepas makan..sembang tin kosong ekekeke..


Kesian Aina, tersepit kat tengah cos mama dia nak posing tunjuk fesyen tudung terbaru dari Hajaba, ala2 ekin mawi gitu ekekeke..

Alahai adorablenya Aina nie.."auntie tasya, nak kong" sambil minta didukung, cair wa cakap luuu..

Ok..thanks to tuan umah, dah kenyang nak balik dah..pasni kena diet baju dah ketat huhuhu..

Tuesday, October 14, 2008

A Fresh New Look

How do u like my new header?

Syamariz nie bukan la terer bebenor nak menghasilkan header yang vavavoomm gitu..tapi problemo nye dah boring tengok blog header sendiri kan..so memang plan pas raya nak tuka gitu, (macam tuka langsir, sarung kusyen etc pulak) welll itu pun bila angin komputer nie ok tak buat hal kan..

Sesuai dengan tema kopitiam (my favourite place to hang out & sembang2) serta sesuai dengan my favourite drink in this whole wide world (neskapet errrr..takleh eja betul2 nanti ada unsur2 pengiklanan laks ;) so my header should have the esthetics elements of those two items...so hope header ni ok..yang penting tak sarat & sakit mata nengoknye..

Credits to tetsuo from templatepanic.com for this cute header..hope he doesn't mind my using this..cheers!

Rumah Nostalgia

Raya kedua haritu, lepas kenduri sempat la tarik Mr B ke Aloq Setaq kejapp..(dari Sg Petani ke AS ada la dkt2 sejam gitu)

Cadangnya nak ke Pekan Rabu..my mom siap pesan dodol tuuuu...so ok la ada gak alasan nak ke pekan nostalgia zaman diriku di UUM dulu...alang2 nak ke sana, sempat la melencong ke Taman Uda, Jalan Sultanah kejap..ada apa di situ??

Ohhh sedihnye...inilah rumah my grandparents on my mom's side, kini terbiar sepi FOR SALE cos diorang dah pindah dok melaka sebab dah uzur & nak dekat dgn anak2 gitu...lepas arwah Tok Ayah meninggal, terus rumah ni nak dijual....oh ya pada sesiapa warga Aloq Setaq yang berminat boleh la contact diriku..reganya dalam RM200,000++

Memandangkan pagar dah berkunci sempat tengok dari luar aje la sob!sob! Terus teringat nostalgia syamariz zaman budak2 dulu..penah dok sini masa darjah 2 cos my mom sibuk belajar so my sis & i lived with our grandparents for about a year...(SK Tengku Raudzah)

Then Hari Raya selalunya kiorang akan balik ke sini...indahnya saat berkumpul ramai2 kat sini, then zaman jadik student UUM dulu pung kerap jugak balik umah Tok Ayah nie bila weekend or cuti...raya lagi senang, terus balik sini takyah tempah tiket bas balik KL hehe..

I miss this house very very much!

Amik gambar kenangan..mungkinkan ada lagi AidilFitri di sini nanti?


Borong dodol, kerepek, pekasam etc kat pekan Rabu..sapa lagi nak pesan next year buleh ok!

Citer AidilFitri lagi..

RAYA KETIGA (3 OKTOBER 2008)
VENUE : TG MALIM, PERAK

OK..dah raya kat kedah, tibalah masanya ke perak pulakk..ni nak bertolak ke perak la nie
tapi gambar dulu depan umah

Patutnya sumer pakai hijau..Shed pulak terlari theme colour..tak kisah la janji pakai baju

With ehem..ehem..lalingg ooo

With family kat Tg Malim, Perak

Raya ketiga, we all ke Ipoh dulu umah sedara mara side Mr B sebelum balik ke Tg Malim then terus balik KL, raya ketiga (malam) dah selamat sampai umah balik huhhh...Alhamdulillah rumah takde apa2, risau jugak tinggal lelama..nak2 pulak si kucing oren tu (yang nama S tuu), takut pulak kebuluran ke apa ke..

Ingat nak terus ke Melaka on the fourth raya (sabtu) tapi takut pulak terperangkap dalam jam so kitorang postpone dulu program tu (Melaka=my uncle's hse), so lepas nie sibuk la menghadiri open hse sana sini..aduhh beratku naik lagi, harus pose sunat kalo camni (tengok tu..niat pun dah tak betul tu hehe)

Okay..to those who intend to do open hse, sila calling2 or msg2 kay..terus zzrrrooommm kitorang datang, thanks a zillion jugak pada yang menjemput tapi kami tak tersempat datang..ahhh harini dah raya ke-15, kejapppp ajer kan..still a lot more houses to go especially on my relatives side (sempat ke pose 6 ni???)

syamariz note : ehhh..boleh pulak entry harini no problemo whatsoever..kalo hari2 mcm ni kan best

Citer AidilFitri

RAYA PERTAMA HINGGA KETIGA (1-3 OKTOBER 2008)
VENUE : TIKAM BATU, SG PETANI, KEDAH

Di pagi raya pertama..family theme colour : coklat keemasan (kalau ada yang perasan, ya betull..itu le baju kawin Mr B yang dikitar semula ehehe)

Our first raya together..


Kenduri tahlil & kesyukuran pada Hari Raya Kedua..

Ramainya sanak sedara penat sungguh syamariz melayan..tapi suka, pengalaman baru di Kedah

Harus diselitkan aksi menantu yang baik & rajin har har har..(opss sori gmbar rear view pulak)

Lagi gambar tetamu..

Rombongan cik kiah kat dapur..

Syamariz with some relatives..at the kitchen to enjoy the food

Time beraya ni la harus beramah-mesra dengan sanak sedara kan..friendly gitu orang baru dalam family ni kan hehe..agaknya gitu la birasku yang berbaju merah tu kata dalam hati ekekeke..

Walaupun syamariz baru first time beraya di Sg Petani (kampung side Mr B's late wife) tapi layanan yang diberikan cukup hangat & mesra gitu...Nabila & Shed pun dapat jumpa sedara mara diorang sebelah kedah & yang pentingnya dapat mengunjungi pusara arwah ibu diorang, as for me i don't really mind

Hari Raya is more for the children to enjoy, let them be happy during these festive days..syamariz pun dapat jugak pengalaman baru beraya sebelah sana, maklum la kite ni pun takde kampung (Subang Jaya boleh chop kampung ker ek??)...Mr B pun lebih serasi di sana compared to his own kampung..hmmm some of u guys might thought that is weird (syamariz nak citer pun panjang citernye)

But all in all..as long as you are with your loved ones , no matter where u are, u feel like ur in home ground, that should do rite? Raya next year tak tau lagi...**hint** sebelah isteri lerr pulak kan..hmmm i wonder