Wednesday, November 5, 2008

I'm feeling down today...

Harini betul2 syamariz takde mood...hmmmm boleh dikatakan jiwa agak kacau la....

Banyak faktor sebenarnya...yang berkaitan naluri keibuan pun ya..tanggungjawab sebagai ibu pun ya...pasal tempat kerja pun ya.....hmmm susah nak diceritakan...

Tapi yang best, naluri sebagai seorang sahabat masih menebal di jiwaku...ujie, tak sabar kita nak jumpa nie..next weekend ok..can't wait to meet you cos there's so many things that we could talk bout...dah lama tak hang out with my close friends..being married doesn't mean u have to lose ur friends right

Hmmm...why am i feelin so low today...penat Mr B memberikan kata2 motivasi pada syamariz nie tapi nak buat cemana...emosi bukan macam suis elektrik, off aje hilang...anyway i will try to be cheerful again...gotta make myself a cuppa coffee...yesss that would help me to cheer up...at least for now...

Ok...coffee anyone??

Tuesday, November 4, 2008

Abby vs Norman

Hmmm..sekarang ni isu artis/pelakon/bekas penyanyi Elite, Arbaieyah Abdul Manan dengan suami dia pelakon Norman Hakim tengah hot macam hot banana fritters (goreng pisang panas)..

Kemuncaknya, semalam almost all the papers kat Malaysia ni memaparkan pergolakan rumahtangga diorang dengan tajuk2 nak tarik perhatian seperti " Amukan Abby"..aduhhh apa nak jadi dengan this once happily married & loving couple...dulu kemana2 asyik pakai sedondon, kejap2 buat kenduri cukur jambul la, kenduri doa selamat la, besday party anak2, norman sambut baby marissa dania dalam kereta (masuk headline berita lagi 2-3 years back) etc etc..sedih pulak mengingatkan semua tu

Syamariz bernasib baik la di saat2 menghadapi ambang perpisahan dengan 1st husband dulu, tak siapa yang tahu..takde wartawan atau jurugambar serta masyarakat yang sentiasa dahagakan cerita sensasi yang mengganggu ketenteraman hidupku. Simpati pada Abby...terserlah sudah kesabarannya yang hampir goyah dengan sikap suami lantas tidak peduli lagi untuk berterus-terang dengan wartawan, yang kelakar akhbar Utusan siap memberikan dialog antara Abby dan Norman ketika mereka bersua untuk berbincang (atau berperang?)

Menjejakkan kaki ke Mahkamah Syariah sesungguhnya sangat memilukan...kalau ikutkan memang tak mahu lagi rasanya nak ke sana, seram sejuk tangan syamariz ketika masuk ke kamar bicara sekitar 2 tahun lepas..bertentang mata dengan tuan hakim untuk membicarakan masalah rumahtangga di hadapan khalayak di dalam kamar bicara adalah sangat2 menyedihkan, apatah lagi dengan prosedur2 penceraian yang sangat memeningkan kepala...cukuplah sudah deritaku ketika itu...

Alhamdulillah dengan berakhirnya derita itu, muncul jua sinar bahagia...tiada apa yang syamariz inginkan lagi di dunia ini hanya kebahagiaan hidup berkeluarga, tiada harta dunia yang mampu menandingi kebahagiaan hidup berkeluarga sebenarnya...walau sudah ada kereta, rumah dan sebagainya...hidup terasa kosong tanpa teman yang berkongsi kisah suka-duka kita, yang membuatkan kehadiran kita di sisinya rasa dihargai dan teman yang mampu kita merancang masa depan bersama...Sesungguhnya kisah penceraian ini mendatangkan trauma pada mereka yang penah melaluinya.

Berbalik pada kisah Abby-Norman, perasaan simpati yang hanya mampu diluahkan..lebih2 lagi pada Danish, Dania & Damisha, anak2 mereka yang masih terlalu kecil untuk mengerti apa2..semoga mereka dapat mencari jalan terbaik untuk selesaikan masalah.

p/s : Tengah sibuk2 citer pasal Abby tetiba terserempak dengan dia waktu nak gi lunch kat Giant Shah Alam tengahari semalam, rasa macam nak tercabut mata tengok dia..macam tak percaya pun ada, maklum la baru je cakap orangnya pun muncul...apa la dia buat kat situ ya, balik dari shooting kot..atau ke pejabat Karangkraf yang tak jauh dari situ...sibuk je syamariz ni kan...tiba2 jadik minah kepoh, anyway kite hargai privasi dia..cuma kerling jer, kalau tak dah capai kamera dalam hbag ni ajak gambar sama hehehe...

Problem as usual

aduhhhh..i think i'm gonna crash my laptop now...opppss sabar2, *gulp* :(

bukan salah laptop punn..

internet provider ni la kot..alahh yang cap itik tu..

selalu tak bagi syamariz upload photos..gerammmm

bukan tak nak tukar streamix tapi dah ikat kontrak 2 tahun...

maybe lepas tu kot...

kat opis lak lagi hampehs...

rasa nak ketuk monitor dgn hammer pun ada...

need my daily dose of internet, kalau tak boleh hilang kewarasanku...

kalau nampak entryku disertai dengan pics tu maknanya bertuah sangat2 la tu..

i better chiao for now...

kalau ada yang nak hulurkan bantuan, khidmat nasihat, kaunseling dialu2kan heheh...

Friday, October 31, 2008

Majlis Jamuan Kongsi Raya PSA 2008

Di saat akhir2 bulan Syawal pun ramai lagi berebut2 nak buat open house kan...termasuklah kat ofis syamariz nie, hari rabu lepas (29 oktober) telah diadakan sambutan kongsi raya (aidilfitri & deepavali), mula2 memang bercinta betul nak datang almaklum buat hari rabu malam, hari keje la pulak..last2 pegi jugak, tarik Mr B dan Shed datang, makan..makan..makan..kenyang..balik!

Rasa pelik pulak syamariz datang kat event opis takyah buat apa2 keje..kalau tak, ada function ajer mesti kena jadik emcee la, usher la, itu ini..tapi yang nie best, datang makan free heheh..ni 1st time bawak hubby & son to my official function, next time Annual Dinner pulak, this coming December.

Majlis Jamuan Mesra Raya PSA 2008
29 Oktober 2008
Dewan Besar PSA
Menu : Nasi Briyani & laukpauk, Laksa, Sate, Nasi Himpit Kuah Kacang, Bubur Caca, Kuih Muih & Buah, Kordial & Teh Tarik











p/s : ni muka gelisah tunggu nak makan cos speech panjang sangat ekekeke...




Wednesday, October 29, 2008

Majlis Graduasi Nabila

Seperti yang rakyat Malaysia tahu, peperiksaan SPM akan berlangsung bermula pada 11 November ini. Dan seperti yang diketahui (pada yang tahu la kan..), anak dara syamariz, Nabila yang kini form 5 di SEPINTAR pun termasuk la dalam statistik tersebut...

So last weekend she went home for a special event dedicated to the fifth formers organized by the school. Biasa la..budak2 boarding school mesti ada event2 camni kan...merasa la nak konvo time sekolah lagi, tak macam syamariz huhu...bila masuk U baru la kenal majlis2 konvo nie..

Anyway, the event was held in Concorde, Shah Alam and attended by parents or family members of the students....bukan free you, kena bayar tau hehe..antara agendanya biasa la, ucapan daripada pelbagai pihak, majlis penyampaian sijil graduasi pada 200 lebih pelajar tu dan akhir sekali MAKAN!

Paling kelakar bila tengok budak2 form 5 tu kemain riang-rianya buat sesi photoshoot selepas selesai majlis...semua tersengih ajer dapat makan kat hotel & gambar ramai2 pakai jubah, wahhhh semua muka happy ajer...bukan itu yang kelakar, tapi aksi tu macaaammm la dah selesai SPM tu haha...jangan kantoi sudah la ya, penat pihak sekolah dah buat in advance graduation nie...hope keputusan SPM nanti boleh buat u alls tersenyum lebar macam kat majlis graduasi ni jugakk...ALL THE BEST TO THE FIFTH FORMERS IN MALAYSIA & ESPECIALLY TO MY DAUGHTER NABILA NAJAD!!

Ni gambar2 semasa majlis tersebut :

Kena la daftar dulu ekk..Nabila tengah mendaftar la nie..tema majlis kaler biru sebab tu biru ajer pandangan dalam gambar nie..

Proud parents...alamak ada gaya Datin Seri tak syamariz dalam gambar nie, Mr B toksah cakap la, dah macam YB pencen dah tuu hehehe..




Spoilt betul la gambar nie..blur pulak, anyway..ni Nabila tengah amik sijil dia



Haaa..sukernya dia dapat makan2 dgn riang rianya aritu, pasni jangan harap la dapat sengih lebar camni....SPM tinggal lagi 2 minggu u...hope u can do the best Nabila! Pada sesiapa yang mengenali diriku ini..doa2 la ya untuk anak dara yang sorang nie so that her mama can be proud of her with SPM result yang berwarna-warni oppsss..flying colurs!!





makan & makan lagi...

Sebenarnya dah lama nak buat entry nie maklum la kejadiannya pun weekend yang lepas, tapi biasa la kan..komputer ni asyik ikut suka dia, kalau mood baik kira ok la nak masuk pix, kalau tak hmmm postpone la macam nie..

Dah mengah kekenyangan..pose tetap pose hehe..oh ya, weekend lepas Nabila balik umah for her Graduation event on monday (deepavali) so on saturday, bawak dia jalan2 gi open hse sana sini, maklum la budak asrama..siannnn asyik terkurung ajer, ni bagi dia happy sikit sebelum SPM 11 November nie...besar dah anak dara syamariz nihh, mau SPM sudahh

Ni open hse kat umah my 2nd boss..the lady in blue is his wife kak shikin, who cooks excelent curry mee..by the way, she is such a nice lady as well

With my colleague Baya...she had just moved to her new home in Mayang Sari a couple of months ago..dapat la tengok rumah dia, sangat terpegun melihat halaman belakang rumah dia yang sangat luas..boleh main badminton u! Oh ya...her nasi tomato, ayam masak merah & daging kurma pun sedappp sangat sampai Mr B pun puji, aiseymen cemana nie..kena belajar gak lah hehe
Oklaa..i think enough about makan & food already, muka syamariz pun dah membulat macam bola dahh..bulan Syawal pun dah semakin hampir melabuhkan tirainya, so kini hadir azam baru nak menjalani kehidupan yang lebih sihat (dan kurus..oh itu suda mesti)...kan best kalau jadi macam artis hollywood tu, ada personal trainer & nutritionist...hari2 ada orang tolong, memang la senang diorang kurus kalau macam tu kan...sediakan $$$$$$$$ ajer...takpelah syamariz pakai mesin ajer, mesin apa? Hmmmm...next entry i will kiss & tell!



Tuesday, October 28, 2008

makan..makan...makan...

Last weekend i really had a feast..jamuan raya & kenduri were like non-stop till my stomach got bloated like a whale hehe..maklum la minggu akhir Syawal, ditambah dengan Deepavali pulak..berpesta betul rakyat Malaysia ni makan

Starting Friday sampai Monday tak abis2 agenda makan...senang citer, tak payah kuar belanja makan cos ditaja di rumah orang ekekeke...nak list sumer tapi tak semua event yang syamariz bawak camera so amik apa yang patut je laa..macam ni ha, kenduri kat Gemencheh (Kpg Air Penaga) rumah kawan Mr B..

Lauk pauk dia sedap sangat..dah la masak sendiri, pastu lain dari lauk kenduri yang standard tu, that's why i like going to kenduri in the 'kampungs'..cos they serve "exotic food' hehe..macam kat sini ada lauk rebung masak lemak, sup tulang, gulai kawah slurrrpppp..tu pun deme kata umbut abis, kalau tak mesti lagi berselera syamariz makan..ni lah buktinya, sebenarnya dah licin tapi mintak tambah lauk..ni pun dah hampir licin hehe..

Pengantin basi hehe..haritu tak berpeluang duduk atas pelamin kan, so berangan la kitorang sekejap time ni, warna baju pun ala2 kaler pelamin gak hahh..ok sangat la tu, time ni ramai tetamu dah balik dah..so tak lah segan sangat nak gambar syok sendiri macam nie haha..

Haa..ni la pengantin yang original, with the whole family..
Balik dari kenduri kat Gemencheh ni singgah pulak umah Yas kat Denai Alam, tu pun sampai dah dekat kul 6 petang, jauh rupanya Gemencheh nie..ada la dalam 2 jam setengah....rumah Hanim pun ada open house, tapi tak sempat nak pegi cos dah lewat sangat..perut pun tersangat la kenyang..ingat nak balik umah tidoooo ajer heheh..



Tuesday, October 21, 2008

Dari kacamata seorang Emcee

This was actually taken on 22nd October (last wednesday) when we had Hari Kualiti & Integriti 2008 at my office (ofis gomen kan, haruslah ada xtvt2 camni..)

Diriku menjadik emcee (sib baik tak mc teruss)..tak volunteer pun tapi dah ada yang mintak tolong, tak sampai ati pulak..lagi pulak diorang dah tolong sediakan skrip so syamariz pun syok sorang2 la berangan macam baca berita dalam Berita Perdana..haaa macam ni la pandangan diriku dari sudut atas sekali Dewan Kuliah nie..


Lepas abis majlis, terus beramai2 ke foodcourt (kantin kampus) untuk jamuan mini raya dengan hidangan seperti lemang, nasi himpit, rendang, soto ayam, sate & aneka kek/biskut raya..sedap sehingga diriku menapau (kesian teringat orang2 kat umah huhu)...next week baru jamuan raya besar2an pulakk..aduhh berapa kali jamuan raya daaa..cemana la nak kurus skit camni!!

Mr B is the birthday boy..


Semalam 20 Oktober 2008 besday hubby..dengan rasminya Mr B telah meningkatkan lagi umurnya kepada oppsss...40++ gitu hehe....anyway tiada ucapan teristimewa dari syamariz cuma mendoakan agar dirinya sentiasa dimurahkan rezeki, dianugerahkan kesihatan yang baik, diberkati & dirahmati hidup serta dipanjangkan jodoh..i will always pray for u echewahhhh
syamariz note : hujan jer sekarang kan...sejukkk hehe..to those who live in the flood infected area plz be careful, especially those who live up north, dgr2 sekarang kat utara nunn dah start banjir

My mini open house

Lepas kawin aritu tak sempat syamariz & Mr B jemput2 famili datang umah makan2 ke..sembang2 ke kan, so time2 raya nie elok sangatlah mengeratkan silaturrahim sesama famili. Kitorang pun pilih tarikh 18 oktober (sabtu), jemput families on both sides datang umah..nak jemput ramai2 (termasuk ofismates & kengkawan) tu rasanya macam tak ready lagi..tengoklah tahun depan cemana..harap2 rezeki murah aminnnn

dessert table..kuih raya berderet, time order tak hingat dunia haha..last2 ada yang tak bukak pun lagi, time nie baru bukak susun elok2 dalam balang

buffet table..

menu simple jer..nasi ayam, laksa, nasi impit & rendang ayam


Itu jer y'all....harap2 next year leh buat yang vavavvooomm skett, leh jemput reramai datang umah, till then...