Saturday, September 5, 2009

30 weeks dah...

Hahaha...sedar tak sedar kandunganku dah mencapai angka 3....30 minggu dan trimester ke-3!!!
Tinggal lagi 10 minggu (atau kurang)..erkkkk bila fikir camtu rasa nervous pulak but at the same time tak sabar nak tengok baby...

Oh yeah..talk bout baby, setakat nie 2x scan nampak macam **tuttt** (elemen surprise sikit) heheh...bukan apa nak tunggu scan kali ke-3 untuk meng"confirm" sahihkan lagi bukti yg ada..tapi biasanya 1st baby nie tak kisah la jantinanya apa kan, janji sihat sempurna gitu...wpun ada sikit2 kncing manisnye simptom

Perkembangan terkini @30 weeks:
1. Berat dah naik 8 kg (starting at 60 kg now ballooned to 68 kg)

2. Selalu gak mengah..especially bila banyak jalan, banyak cakap or panjat tangga

3. Baby dah gerak since 5 months..memula ingatkan angin dalam perut, tapi bila dah kerap sangat rasa, dah boleh agak dah mesti si kecik nie dah start exercise dalam rahim hehe

4. Dah pegi antenatal class anjuran DEMC kat Hotel Concorde Shah Alam 9 ogos lepas (@ 6 1/2 months pregnant). Paling best...syamariz dapat anugerah "Most Cute & Sporting Mom" at the end of the event hehehe..must highlight nih, hadiahnya beg serbaguna dari penaja utama Wyeth, jadiklaaaa...in case ur wondering, anugerah lain ialah Most Stylo Mom & Most Caring Father.

5. Yang tak berapa best sekarang ialah...I'm having such difficult time sleeping!!! Sebabnya..bila perut dah membesar nie, dia akan menekan bahagian ari2, yg akan menjadikannya "cramp", tegang, senak, sengal etc.....nak berjalan pun susah (sampai kena pegang kat situ) , nak tido apatah lagi. Pinggang pun toksah cakap la..duduk lama skit mulalah lenguh. Tido kena posisi setengah duduk, letak bantak banyak2 kat belakang for extra support...mana la mata nak lelap sangat, tak lama jadik mata panda la nie..

6. Makan pun tak boleh banyak sangat dah, ruang perut dah sempit kena tindih dgn rahim, kalau overdose makan boleh mengah dibuatnya

7. Baru paham apa maksud "simpul biawak" di kalangan pregnant women...aduhhhhh sakitnyaaaaa otot betis, very undescribable...esp menyerang di waktu malam, bila tengah2 tido and nak ubah posisi kaki, tup tup muscle cramp kat area betis tu...nak menjerit pun tak kuar suara, tapi nasib baikla bukan tiap2 malam dia menyerang...ni selalu berlaku esp kalau siangnya banyak berjalan serta kes kurang kalsium dalam badan

8. Baby gerak tak mengira waktu..kalau ikutkan dia paling aktif lepas kita makan, excited kot dapat merasa sekali, and oh yesss...di waktu malam bila kita baru nak carik mood nak tido, dia dok bergendang dalam perut. Another reason why i'm having difficulties sleeping. Kadang tu sampai senget-menget perut dibuatnya, mama dia pun tergelak sendiri. Kalau dia tak gerak lagi risau weiiiii...so takpe la...nak sommersault ker, gymrama ker, as long as the baby is moving, it is good sign!

9. I'm now taking Obimin & NeuroGain PB for supplements..pil kalsium ada beli gak tapi malas nak makan sebab tablet dia besar2 sgt..

10. Masih check-up kat Klinik Desa (in fact i have appmt 2moro), doc masih bising dgn sugar level dalam blood, rasa nak stop ajer...as i'm planning to deliver at DEMC, might as well buat check-up kat situ ajer (sekurang2nya kena 2x), tengoklah cemana...

11. Setakat nie Alhamdulillah takde tanda heartburn, sembelit, bengkak kaki or strechmarks

12. My skin is of better quality while pregnant..less oily & nampak berseri sikit, echewahhh..ni ramai la kata tau, rambut pun kurang gugur & nampak shiny skit, hormon kot...tak tau la masa dalam pantang nanti cemana, jangan reverse effect udah ler..

13. Dah tempah mak bidan dari perlis yang boleh dok sekali masa pantang (ehsan my gud friend Shaz), maybe nak suruh dia tinggal for 2 weeks kot, bayar gaji hari beb! Tapi lega la cos dia boleh buat semua....urut, tungku, mandi baby, masak lauk pantang etc

14. Dah beli barang baby masa usia kandungan dekat2 7 bulan....lokasi utama adalah Sogo & Jusco, nak2 pulak tengah Mega Sale....Beg Mama & Baby pun dah siap, tinggal nak masuk dalam kereta ajer...

15. Lastly, sebagai peminum Nescafe tegar....diriku dah kembali meneguk minuman kegemaran tu right after kesan mabuk2, loya, pening semua tu dah hilang hehehe....(@14 weeks), tapi dun worry sekali sehari ajer, mesti la risau kat baby gak tapi mama dia nie takleh hidup tak dapat Nescafe, abih cemana.....dalam pantang nanti, promise tak minum (waaaa tersiksanya)!


** Sekali dah buat coretan ni panjang lebar la pulak, kalau dah malas tu berbulan tak update**

1 comment:

Unknown said...

mmg mengandung ni menyulitkn tp.......itulah pengorbanan yg tk trnilai ..

hopefully kau tk di dalam golongan yg ada sintom SPD . aku kena sintom ni..

check out:
http://www.babycenter.com.my/pregnancy/antenatalhealth/physicalhealth/pelvicpain/