Tuesday, July 29, 2008

Leaving the office 4 a while..


Minggu ni sepatutnya bz dengan persiapan menyambut demam audit next week tapi syamariz akan berkursus..so terpaksa la meninggalkan sekejap ofis untuk memberi tumpuan yang penuh pada kursus tu (cehh..macam la jauh, kat dalam kampus jugak)


So tinggalkan sekejap hal2 kat ofis tu..kursus ni namanya Pemikiran Kreatif, so kalau bagus dan sangat informatif insyaAllah akan dikongsi bersama dalam next entry..sharing is believing, sharing is good, sharing for success!


Bye bye office for now..

"Flaming enthusiasm, backed up by horse sense & persistence, is the quality that most frequently makes for success" (Dale Carnegie)

Monday, July 28, 2008

Pertandingan Fotografi Picture KL 2008

Such a big cash prize
Something for the photo savvies
Here's something for those who just loves taking & snapping great pictures..pertandingan fotografi "Picture KL 2008" from now till 15th august...sesiapa yang berminat bolehlah merujuk suratkhabar hari ini juga heheh..
credits to akhbar Kosmo dated 28th July 2008.

Sunday, July 27, 2008

A boring monday

Huhuhu..lupa pulak bawak kamera today, but then takde mende menarik pun just work! work! work! So no pics this time around...

Harini menjadi pekerja berdedikasi mempersiapkan fail2 untuk diaudit next week..

Esok (29 Julai-1 Ogos) berkursus di PSA bertajuk Pemikiran Kreatif

Jumaat (1 Ogos) kursus abis tengahari...aieen nak datang shah alam to settle some things so boleh lunch/hi-tea dengan dia yeehaaaa...(aieen nak coffeebean's ice mocha latte plzzzz ; ))

That's all for now..

Saturday, July 26, 2008

Pesta durian, rambutan & manggis



Sekarang kan musim buah-buahan tempatan..merata ceruk nampak orang jual rambutan, durian & manggis. Semalam balik rumah my mom..ada kenduri pulak rumah sedara kat Cheras, balik dari kenduri bersama2 dengan durian & manggis so sebelah malamnya acara membelah durian & mengopek manggis...

tapi malangnya syamariz takleh makan banyak...rasanya badan takleh nak terima dah la durian nie...kalau makan jer mesti akan ada yang tak kena...pedih ulu hati la, angin la etc etc yang sangat tidak menyenangkan so better be safe than sorry..jauhkan diri awal2, tapi semalam tertewas sikit..makan la seulas durian setelah bertahun tak menjamah..manggis pulak tak berapa berkenan...jadi sempena Pesta buah2an tempatan nie, syamariz jadik pemerhati je laa...takleh nak join in the crowd sangat..to all happy feasting, jangan sampai demam & batuk pastu udah laa..

Thursday, July 24, 2008

My Mini Potluck

yeahoooo...makan time (gelap pulak pic ni)
macam-macam ada...
dessert time..yummylicious!
siap ada gift lagi..awwwww so cute!
Perasan tak..entry syamariz nie asyik berkisar pasal makanan jer kan, makan sini makan sana..ye laa sesuai dengan konsep santai kopitiam ni kan..memang penuh dengan food je la..nak2 pulak tuan punya blog ni pun suka makan..pastu suka santai2...next time i would probably share my other hobbies & daily activities..strictly no politics issues will be discussed here, i guarantee hehe..(tak minat pun)
Hari Rabu haritu during lunch hour ada pulak opismates nak datang tengok umah..ye laa..diorang tau syamariz nie dah pindah umah tapi kalo nak ajak ntah zaman bila hehe..bukan apa ingat nak ajak bulan Ogos nie terus..senang 2-in-1 gitu..apa ada bulan Ogos ni??? Tunggguuuuuu...
Memandangkan syamariz takde masa nak masak (ok ker alasan nie?) dan member2 yang nak datang pun around 10 orang, senang citer beli KFC je laa..aieen bawak Coffee Bean Salad & Flowers (how sweet of u ; ) ), k.zainah bawak laksa, yas bawak cheese cake, shima bawak fruit cocktail & k.su kirim aiskrim cos dia tak dapat datang..ok la tu..menu lengkap & seimbang chewahh..
Aktiviti pun terhad..makan2, sembang2, gelak2, tour rumahku yang tak seberapa tu (ramai puji my kitchen yang berkonsep kopitiam..kembang uuuuu) pastu terpaksa balik sebab hari bekerja..alaaaa tak beshnya!
Apapun thanks so much to my dear office colleagues yang sudi datang..siap bawak food lagi...memang tak dapat nak jemput semua, kang kena bukak khemah pulak kan...bulan Ogos nanti InsyaAllah jemput...mai jangan tak mai naaaaa..

Kena gi kursus pulak??

Pemandangan di Sutera Harbour Resort, KK
Jesselton Point, KK (tempat naik feri)
Pulau Manukan, KK

Gambar2 kat atas nie takde kena mengena langsung dengan tajuk di atas. Seperti entry sebelum ini yang menceritakan tentang ketensionan syamariz bergelut dengan keje dan tak sempat meng 'uploadkan' gambar2 menarik, maka sebagai tambahan kepada ketensionan itu...baru dapat tau kena pegi kursus pulak next week...huk huk...kursus memang seronok pegi kalau time2 keje tak banyak...

TAPIIIII....dah la macam2 nak kena buat kat opis tu..kena pulak gi kursus 4 hari next week, so macam mana keje opis tu nak siap sebelum dateline kan..(dateline tu audit la huhu), ada harapan keje weekend nampaknya nie jika keadaan memaksa...Kursus pulak namanya Pemikiran Kreatif hmmmm cemana la nak kreatif nie kalo kepala berserabut..tapi kalau kursus tu kat Sabah okeh hehehe..best!! Tapi malangnya kat kawasan opis jerr :(

Jadi untuk menenangkan fikiran..apakata kita nikmati dulu gambar2 pemandangan indah di Sabah nie...tadi ingat nak gi spa bila ketensionan melanda, tapi kalini kalau dapat gi vacation lagi beshhhh..keinginan semakin melampau nampaknya

Gambar2 ni diambil waktu vacation ke Sabah ..sonok je tengok waktu kepala tengah berserabut..lepas tu terus rasa macam dah ada kat sana dah heheh (tak perlu daya imaginasi & pemikiran yang kreatif sangatkan)...kalau dapat, memang nak pegi lagi..almaklum syamariz penah spend 5 tahun duduk kat sana dulu (1988-1992) so a lot of memories over there..harini pun member baik kat sana contact balik thru blog nie..waaaa berguna jugak blog syamariz nie kan..sesi menjejak kasih gituu..(thanks breinda for keeping in touch)

Well..sesapa yang nak cuti2 Malaysia musim cuti sekolah nanti, pegi la Sabah kalau rasa dah puas pegi Langkawi, Pangkor, Penang etc kat Semenanjung nihh..


Adoiii banyaknya keje..

Alamak...posting kalini nampaknya tak disertai gambar...just nak luahkan ketensionan keje jerr...tak sempat nak citer mende yang besh2.


Aieen..si roomate i dah takde, tinggal i kesorangan & kesepian kat unit..memandangkan bos takde anak buah lain, dia nampak syamariz je laa...so from now on segala keje kat unit tu atas kepala syamariz, kat situ ajer dah tension dah..


Datang pulak audit from SIRIM 7 & 8 ogos nie..fail syamariz buleh tahan jugak lintang-pukang, dah la nak audit fail2 tahun 2007 sekali, nampak gaya kena selongkar balik bahan2 artifak tahun lepas kot2 kena audit ...ok sabar! sabar! ada seminggu lagi nak prepare & propa apa2 patut heheh ; )


Lepas tu pulak, sabtu nie kena keje uwaaaaaa...aduhh ada meeting pulak dengan pihak industri, kena pulak jadik pencatat minit (sangat tidak glemer). Hari yang sama kena attend pulak kenduri tahlil umah sedara kat Cheras...nampaknya minggu ni cuti 1 hari ajer (ahad) mana cukup tu...i need my beauty sleep ekekeke..di saat2 macam nie mula la terbayang pegi spa..dapat buat body massage ker, facial ker, pedicure ker pehhhhh..tension je ingat spa, tension je ingat spa (1000x)


Ok..syamariz can do it...ingat orang2 yang tak bernasib baik kat luar sana tu..yang takde keje tetap..tak pun keje lagi teruk nak dapat sesuap nasik..takat mentensionkan diri dengan mende2 kat atas tu sangat tidak berfaedah..so i will keep myself focussed & strive for success (hah hah ape nie? ape nie? ini namanya memujuk hati yang lara..bukan lara croft tau)

Monday, July 21, 2008

Souvenir from a dear friend

Marks & Spencer Cocoa Butter Body Lotion & 2 mysterious gifts
tadaaaaa....cekelat comeiii

Masih lagi berkisar pada my dear friend/opismate/roomate/partner in cryme...si onion lady yang akan menjadi miss denver nx month..aieen
Di kesempatan ini syamariz teramatlah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah berjaya menjadi kawan yang sangat menghiburkan sepanjang menjadi roomate sesi 2007/08 ini hehehehhh...
Thanks a zillion for the lovely gifts..syamariz dapat paling banyak sekali kan..kan...a very lovely purple bracelet, body lotion, chocolates & brownies haha..tengkiu! tengkiu! sori post lambat kat blog nihh..
Hope i could visit u in Denver (nak gi korea pun takde duit ni cemana sob! sob!) but then if there's rezeki InsyaAllah i'll give u a surprise visit nanti..leh gi mengopi (minum kopi) nanti......thanks for being a very nice friend/colleague to me..jumpa kat facebook orait..haha....syukurnya zaman sekarang ada internet!

Sunday, July 20, 2008

Farewell Lunch for Aieen

UKD & UPen joint venture makan reramai with the celebrated girl aieen
Me & aieen..gonna miss u partner!
aieen belanja balik brownies nie..yummy gilerr

Isk..memang tension bila hanya dapat update blog pepagi waktu datang opis..bukan nak curik tulang (chehhh nak gak buat justifikasi) tapi talian internet kat umah memang teruk sangat..itu la kekurangannya bila pakai broadband, it depends on the coverage..umah i pulak just 3 bar ajer line coverage, kalo nak attach pictures lagi la...HMMHHH
Ok..hari khamis (17 julai) kitorang buat farewell lunch kat Miss Onion Lady (sempena nama blog dia "Life is like an Onion") aka Miss Denver (sebab dia nak fly ke Denver doing her PhD next month)..since friday would be her last day at work, and also she was fully booked on friday by fellow friends so kitorang buat on thursday..
So off we went to Secret Recipe SACC Mall, Shah Alam..makan, sembang, gelak, makan, sembang, gelak2 lagi..bila lagi nak makan ramai2 camni kan..selalu kalo kuar lunch mesti makan dengan gang2 kecik je kan..
Anyway..we had a great time..at that time i started to miss Aieen already tapi kena la cover hehe..next week terpaksa la dok sorang2 dalam bilik kat opis tu uwaaaaa...takde kawan nak buat lawak, takde kawan nak minum kopi together2, takde kawan nak gossip2 lagi kat bilik tu..uwaaaaa lagi!!

Tuesday, July 15, 2008

Coffee Art

cute..
artistic..
tempting..
In love..
Err...Hillary Clinton?? Yikes..


Wish my coffee would look like that..before it goes into my tummy! Such an eye candy isn't it? These coffee art pics are from Vancouver, perhaps from one of the cafe over there..got it from my email, if not i would have given them the credit.
Ni yang nak amik kursus jadik Barista nih..tapi kat mana ye? Memandangkan susah sangat nak join kursus tu, syamariz tengah berminat nak join Kursus Asas Membuat Coklat pulak..ada terbaca kat majalah Jelita aritu(latest one) , yuran RM550 for 2 days..tapi tarikh pulak tak mengizinkan..maybe someday i'll go..pastu buleh la syamariz jual coklat kat My Kopitiam ni kan..("it's not harmful to dream, it could even motivates you to live and reach out for something that you thought unimaginable before...." syamariz)