Tuesday, July 29, 2008

Leaving the office 4 a while..


Minggu ni sepatutnya bz dengan persiapan menyambut demam audit next week tapi syamariz akan berkursus..so terpaksa la meninggalkan sekejap ofis untuk memberi tumpuan yang penuh pada kursus tu (cehh..macam la jauh, kat dalam kampus jugak)


So tinggalkan sekejap hal2 kat ofis tu..kursus ni namanya Pemikiran Kreatif, so kalau bagus dan sangat informatif insyaAllah akan dikongsi bersama dalam next entry..sharing is believing, sharing is good, sharing for success!


Bye bye office for now..

"Flaming enthusiasm, backed up by horse sense & persistence, is the quality that most frequently makes for success" (Dale Carnegie)

Monday, July 28, 2008

Pertandingan Fotografi Picture KL 2008

Such a big cash prize
Something for the photo savvies
Here's something for those who just loves taking & snapping great pictures..pertandingan fotografi "Picture KL 2008" from now till 15th august...sesiapa yang berminat bolehlah merujuk suratkhabar hari ini juga heheh..
credits to akhbar Kosmo dated 28th July 2008.

Sunday, July 27, 2008

A boring monday

Huhuhu..lupa pulak bawak kamera today, but then takde mende menarik pun just work! work! work! So no pics this time around...

Harini menjadi pekerja berdedikasi mempersiapkan fail2 untuk diaudit next week..

Esok (29 Julai-1 Ogos) berkursus di PSA bertajuk Pemikiran Kreatif

Jumaat (1 Ogos) kursus abis tengahari...aieen nak datang shah alam to settle some things so boleh lunch/hi-tea dengan dia yeehaaaa...(aieen nak coffeebean's ice mocha latte plzzzz ; ))

That's all for now..

Saturday, July 26, 2008

Pesta durian, rambutan & manggis



Sekarang kan musim buah-buahan tempatan..merata ceruk nampak orang jual rambutan, durian & manggis. Semalam balik rumah my mom..ada kenduri pulak rumah sedara kat Cheras, balik dari kenduri bersama2 dengan durian & manggis so sebelah malamnya acara membelah durian & mengopek manggis...

tapi malangnya syamariz takleh makan banyak...rasanya badan takleh nak terima dah la durian nie...kalau makan jer mesti akan ada yang tak kena...pedih ulu hati la, angin la etc etc yang sangat tidak menyenangkan so better be safe than sorry..jauhkan diri awal2, tapi semalam tertewas sikit..makan la seulas durian setelah bertahun tak menjamah..manggis pulak tak berapa berkenan...jadi sempena Pesta buah2an tempatan nie, syamariz jadik pemerhati je laa...takleh nak join in the crowd sangat..to all happy feasting, jangan sampai demam & batuk pastu udah laa..

Thursday, July 24, 2008

My Mini Potluck

yeahoooo...makan time (gelap pulak pic ni)
macam-macam ada...
dessert time..yummylicious!
siap ada gift lagi..awwwww so cute!
Perasan tak..entry syamariz nie asyik berkisar pasal makanan jer kan, makan sini makan sana..ye laa sesuai dengan konsep santai kopitiam ni kan..memang penuh dengan food je la..nak2 pulak tuan punya blog ni pun suka makan..pastu suka santai2...next time i would probably share my other hobbies & daily activities..strictly no politics issues will be discussed here, i guarantee hehe..(tak minat pun)
Hari Rabu haritu during lunch hour ada pulak opismates nak datang tengok umah..ye laa..diorang tau syamariz nie dah pindah umah tapi kalo nak ajak ntah zaman bila hehe..bukan apa ingat nak ajak bulan Ogos nie terus..senang 2-in-1 gitu..apa ada bulan Ogos ni??? Tunggguuuuuu...
Memandangkan syamariz takde masa nak masak (ok ker alasan nie?) dan member2 yang nak datang pun around 10 orang, senang citer beli KFC je laa..aieen bawak Coffee Bean Salad & Flowers (how sweet of u ; ) ), k.zainah bawak laksa, yas bawak cheese cake, shima bawak fruit cocktail & k.su kirim aiskrim cos dia tak dapat datang..ok la tu..menu lengkap & seimbang chewahh..
Aktiviti pun terhad..makan2, sembang2, gelak2, tour rumahku yang tak seberapa tu (ramai puji my kitchen yang berkonsep kopitiam..kembang uuuuu) pastu terpaksa balik sebab hari bekerja..alaaaa tak beshnya!
Apapun thanks so much to my dear office colleagues yang sudi datang..siap bawak food lagi...memang tak dapat nak jemput semua, kang kena bukak khemah pulak kan...bulan Ogos nanti InsyaAllah jemput...mai jangan tak mai naaaaa..

Kena gi kursus pulak??

Pemandangan di Sutera Harbour Resort, KK
Jesselton Point, KK (tempat naik feri)
Pulau Manukan, KK

Gambar2 kat atas nie takde kena mengena langsung dengan tajuk di atas. Seperti entry sebelum ini yang menceritakan tentang ketensionan syamariz bergelut dengan keje dan tak sempat meng 'uploadkan' gambar2 menarik, maka sebagai tambahan kepada ketensionan itu...baru dapat tau kena pegi kursus pulak next week...huk huk...kursus memang seronok pegi kalau time2 keje tak banyak...

TAPIIIII....dah la macam2 nak kena buat kat opis tu..kena pulak gi kursus 4 hari next week, so macam mana keje opis tu nak siap sebelum dateline kan..(dateline tu audit la huhu), ada harapan keje weekend nampaknya nie jika keadaan memaksa...Kursus pulak namanya Pemikiran Kreatif hmmmm cemana la nak kreatif nie kalo kepala berserabut..tapi kalau kursus tu kat Sabah okeh hehehe..best!! Tapi malangnya kat kawasan opis jerr :(

Jadi untuk menenangkan fikiran..apakata kita nikmati dulu gambar2 pemandangan indah di Sabah nie...tadi ingat nak gi spa bila ketensionan melanda, tapi kalini kalau dapat gi vacation lagi beshhhh..keinginan semakin melampau nampaknya

Gambar2 ni diambil waktu vacation ke Sabah ..sonok je tengok waktu kepala tengah berserabut..lepas tu terus rasa macam dah ada kat sana dah heheh (tak perlu daya imaginasi & pemikiran yang kreatif sangatkan)...kalau dapat, memang nak pegi lagi..almaklum syamariz penah spend 5 tahun duduk kat sana dulu (1988-1992) so a lot of memories over there..harini pun member baik kat sana contact balik thru blog nie..waaaa berguna jugak blog syamariz nie kan..sesi menjejak kasih gituu..(thanks breinda for keeping in touch)

Well..sesapa yang nak cuti2 Malaysia musim cuti sekolah nanti, pegi la Sabah kalau rasa dah puas pegi Langkawi, Pangkor, Penang etc kat Semenanjung nihh..


Adoiii banyaknya keje..

Alamak...posting kalini nampaknya tak disertai gambar...just nak luahkan ketensionan keje jerr...tak sempat nak citer mende yang besh2.


Aieen..si roomate i dah takde, tinggal i kesorangan & kesepian kat unit..memandangkan bos takde anak buah lain, dia nampak syamariz je laa...so from now on segala keje kat unit tu atas kepala syamariz, kat situ ajer dah tension dah..


Datang pulak audit from SIRIM 7 & 8 ogos nie..fail syamariz buleh tahan jugak lintang-pukang, dah la nak audit fail2 tahun 2007 sekali, nampak gaya kena selongkar balik bahan2 artifak tahun lepas kot2 kena audit ...ok sabar! sabar! ada seminggu lagi nak prepare & propa apa2 patut heheh ; )


Lepas tu pulak, sabtu nie kena keje uwaaaaaa...aduhh ada meeting pulak dengan pihak industri, kena pulak jadik pencatat minit (sangat tidak glemer). Hari yang sama kena attend pulak kenduri tahlil umah sedara kat Cheras...nampaknya minggu ni cuti 1 hari ajer (ahad) mana cukup tu...i need my beauty sleep ekekeke..di saat2 macam nie mula la terbayang pegi spa..dapat buat body massage ker, facial ker, pedicure ker pehhhhh..tension je ingat spa, tension je ingat spa (1000x)


Ok..syamariz can do it...ingat orang2 yang tak bernasib baik kat luar sana tu..yang takde keje tetap..tak pun keje lagi teruk nak dapat sesuap nasik..takat mentensionkan diri dengan mende2 kat atas tu sangat tidak berfaedah..so i will keep myself focussed & strive for success (hah hah ape nie? ape nie? ini namanya memujuk hati yang lara..bukan lara croft tau)

Monday, July 21, 2008

Souvenir from a dear friend

Marks & Spencer Cocoa Butter Body Lotion & 2 mysterious gifts
tadaaaaa....cekelat comeiii

Masih lagi berkisar pada my dear friend/opismate/roomate/partner in cryme...si onion lady yang akan menjadi miss denver nx month..aieen
Di kesempatan ini syamariz teramatlah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah berjaya menjadi kawan yang sangat menghiburkan sepanjang menjadi roomate sesi 2007/08 ini hehehehhh...
Thanks a zillion for the lovely gifts..syamariz dapat paling banyak sekali kan..kan...a very lovely purple bracelet, body lotion, chocolates & brownies haha..tengkiu! tengkiu! sori post lambat kat blog nihh..
Hope i could visit u in Denver (nak gi korea pun takde duit ni cemana sob! sob!) but then if there's rezeki InsyaAllah i'll give u a surprise visit nanti..leh gi mengopi (minum kopi) nanti......thanks for being a very nice friend/colleague to me..jumpa kat facebook orait..haha....syukurnya zaman sekarang ada internet!

Sunday, July 20, 2008

Farewell Lunch for Aieen

UKD & UPen joint venture makan reramai with the celebrated girl aieen
Me & aieen..gonna miss u partner!
aieen belanja balik brownies nie..yummy gilerr

Isk..memang tension bila hanya dapat update blog pepagi waktu datang opis..bukan nak curik tulang (chehhh nak gak buat justifikasi) tapi talian internet kat umah memang teruk sangat..itu la kekurangannya bila pakai broadband, it depends on the coverage..umah i pulak just 3 bar ajer line coverage, kalo nak attach pictures lagi la...HMMHHH
Ok..hari khamis (17 julai) kitorang buat farewell lunch kat Miss Onion Lady (sempena nama blog dia "Life is like an Onion") aka Miss Denver (sebab dia nak fly ke Denver doing her PhD next month)..since friday would be her last day at work, and also she was fully booked on friday by fellow friends so kitorang buat on thursday..
So off we went to Secret Recipe SACC Mall, Shah Alam..makan, sembang, gelak, makan, sembang, gelak2 lagi..bila lagi nak makan ramai2 camni kan..selalu kalo kuar lunch mesti makan dengan gang2 kecik je kan..
Anyway..we had a great time..at that time i started to miss Aieen already tapi kena la cover hehe..next week terpaksa la dok sorang2 dalam bilik kat opis tu uwaaaaa...takde kawan nak buat lawak, takde kawan nak minum kopi together2, takde kawan nak gossip2 lagi kat bilik tu..uwaaaaa lagi!!

Tuesday, July 15, 2008

Coffee Art

cute..
artistic..
tempting..
In love..
Err...Hillary Clinton?? Yikes..


Wish my coffee would look like that..before it goes into my tummy! Such an eye candy isn't it? These coffee art pics are from Vancouver, perhaps from one of the cafe over there..got it from my email, if not i would have given them the credit.
Ni yang nak amik kursus jadik Barista nih..tapi kat mana ye? Memandangkan susah sangat nak join kursus tu, syamariz tengah berminat nak join Kursus Asas Membuat Coklat pulak..ada terbaca kat majalah Jelita aritu(latest one) , yuran RM550 for 2 days..tapi tarikh pulak tak mengizinkan..maybe someday i'll go..pastu buleh la syamariz jual coklat kat My Kopitiam ni kan..("it's not harmful to dream, it could even motivates you to live and reach out for something that you thought unimaginable before...." syamariz)

donuts & coffee day

Mula2 sediakan beberapa bijik donut..takde J.Co & Big Apple..Dunkin Donuts pun orait aaaa..
Pastu sila bancuh kopi..donuts go best with coffee (seperti ditunjukkan oleh model a.k.a aieen "the onion lady" heheh
Langkah seterusnya..."cheers "

Nak sedap lagi..celup donut dalam kopi (sebab tu panggil dunkin donuts)

Haha..aktiviti di atas adalah di waktu petang hari kat opis..around kul 3pm jer syamariz dengan opismate dia yang sorang tu (aieen aka onion lady aka miss denver) mata dah makin kuyu..apalagiiii mesti nak bancuh kopi, dah la dua2 hantu kopi...tambah pulak ada donuts (muchos gracias mi amiga!)....fuhhhh pas pekena terus segar balik...

errrr bukan ke syamariz dah janji taknak makan donut lagi lepas buat medical-checkup aritu sebab paras kolesterol dah terover...ok..ok...last!last! janji...(who am i kidding?)

note : ramai yang tegur syamariz ni suka sangat minum kopi..not good for health la, nanti susah nak conceive la, anthing black is not good for the body laa...oh ok! ok! will try my very best untuk kurangkan dose kopi from now on...aduhaiiii susahhhnyyaaa

Monday, July 14, 2008

Reward urself

Entry kalini tak dapat nak post gambar sebab takde bende menarik nak citer...so terpaksa la citer pasal keje kan..


Minggu ni disebabkan kelas pun dah officially start, maka lecturernya pun sibuk la..nak siapkan fail, buat jadual waktu, buat persiapan mengajar, prepare/update notes, cari buku rujukan, getting to know new students etc etc..termasuk la i nie kan


Students pulak mesti sibuk salin jadual, carik kelas, carik lecturer, carik pencilbox baru, carik member lama, carik baju baru...hmmm ada yang bercita2 carik cinta baru pun ada tuu..


Disebabkan life dekat ofis agak "dull"(bosan) arini maka i'm thinking of going to have my pedicure done pas abis opis nanti..tempatnya?? wahhh..sudah pasti my fav pedicure/manicure place di Subang Parade, nama kedai tu Creative Nail Boutique..(promosi free jer i nie kat kedai tu kan...patut dpt komisen time gawat2 nie)


Sapa yang masih mencari2 tempat yang besh buat kuku gi lah kat situ..kalau nak jimat sikit amik pakej..kelebihannya jimat la sikit duit kalau memang jenis setiap bulan muka wajib terpacul kat situ kan..servis dia pun best sampai i ni dah malas potong kuku kaki sendiri hahaha..nanti diorang takde keje pulak kan..(sahhh i'm sooo spoilt!!)


Memandangkan kuku kaki pun dah cam kuku kucing nih (nasib baik tak cam kuku hantu hehe) so i'm gonna give them a visit..what better way to relax urself after a hard day of work at the office kan..visit a spa...memandangkan budget terhad harini buat pedi aje la..RM50 ajer ladies & gentlemen..lepas buat pedi bole terus menjamu selera kat Uncle Lim's..makan chicken porridge dia yang super yummy tu..haaaaaaaa terus bersemangat balik i buat keje opis nie..moralnya give urself a reward after hard work!!!

Sunday, July 13, 2008

Korean drama

Favourite korean drama of all time (Full House)
Pelakon2 utama Full House
My Girl pun ok
Coffee Prince

Ohhh dear..the weekend is over and today i'm having the monday blues syndrome again...arghhh...tensionnya redah jalanraya pagi2..dengar kat radio tadi jalanraya akan jam this mornin cos there're gonna be 'tunjuk perasaan' ke apa ntah over dissatisfaction kat dato seri anwar..tapi nasib baik jalan i tadi ok jer...cuma sindrom momentum keje lembab ajer heheh
Ok..this week bermulanya sesi akademik julai 2008 di politeknik and that means officially class will start this week..better get my engine running y'alls..but while waiting for the engine to run, apakata syamariz sembang pasal korean drama dulu..
Last entry korean food..now i'm gonna tell how the craze over kimchi started. My gud friend la yang start nie..introduced me to the interesting stuffs on korea especially drama dia la..
Yang best pasal drama korea nie..
a. Pelakon2 yang cun dengan kulit yang putih gebu, badan slim2, rambut ala2 pantene & fesyen baju yang kiut2
b. cinematography yang cantik...especially kat pulau jeju dan mountains area dia, suka sangat especially bila tengok pokok cherry blossom dengan bunga2 dia berguguran perghhh..
c. selalu paparkan budaya dia secara tak langsung...makanan, pakaian, social interaction etc
d. budaya keluarga yang hampir sama...anak mesti hormat parents wpun bapak garang giler, hormat orang tua, mak paksa anak andartu kawin, kepercayaan etc
e. lagu OST (original soundtrack) yang sedap2 & sesuai dengan jalan citer...sampai penyanyi malaysia pun rakam balik (eg :winter sonata & kembali senyum)
f. yang tak best sometimes terlalu melodramatik, stereotaip (hero kaya tapi spoilt heroin miskin tapi happy-go-lucky) & kesedihan melampau over the pagar (yg nie i selalu skip)
Drama korea yang best (highly recommended) :
1. Fullhouse (all time favourite)
2. Princess Hours
3. Coffee Prince
4. My Girl
5. My Lovely Samsoon
6. Memories in Bali
7. I'm sorry I love you
8. Autumn in my heart
9. Sangdoo Let's Go to School
10. Phoenix
These are all my personal favourites..mungkin orang lain suka citer lain pulak..kalau ada yang nak try boleh la try alternatif2 kat atas tu..
Ok..tak tau la berapa lama demam koreanista i ni kan..sampai terpanggil2 nak gi vacation ke korea gitu, tapi sebab dah melabur kat projek mega rumah i tu kan..tambah pulak projek megastructure bulan ogos nie ...nampak gaya percutian winter sonata terpaksa la ditangguh..
Next time i'll share on thier language (hangul) & tourist spots pulak..anyeongggg (byeeee..)

Thursday, July 10, 2008

Korean Food

Kimbap in korean (sushi in japanese)

kimchi jigae (kimchi soup)..ala2 tomyam korea


Ni i masak sendiri...kimchi ramyeon(orang jepun panggil ramen) alaa..dia macam megi mee tapi perisa kimchi. Yang kat sebelah tu adalah fresh kimchi..kalau ada yang tak biasa mesti sakit perut sebab dia pedas & masam sangat



Ni pulak kengkawan se'korea' i heheh..memang hantu sungguh dengan korean food nie..yang kat tengah tu kimchi seafood steamboat, makan dengan nasi dan sidedish yang banyak2 tu..minum mesti green tea
I just love korean food so much...firstly, sebab terpengaruh dengan drama korea yang asyik ada adegan makan ajer..nampak sedap sangat. Secondly, sebab dia ada dish (lauk) yang pedas unlike japanese food yang sumer mild & a bit tasteless to me..Thirdly, sebab most of thier food are healthy..tak berminyak apatah lagi bersantan, goreng2 pun jarang

Selalunya pegi makan kat area USJ (amik yang seafood ajer) tapi sekarang nie kat Pavillion pun dah ada (Food Republic)...antara yang best mesti la yang ada unsur2 kimchi macam kimchi jigae (sup kimchi), nasi goreng kimchi & kimchi steamboat.


Kimchi ni sayur jeruk (selalunya dibuat dari kubis panjang, kubis bulat atau "radish")..dijeruk bersama cili, bawang putih, halia, minyak bijan, garam & gula...koreans eat it with basically everything cos it's considered thier signature food..kalau diorang gi mana pun macam oversea selalunya mesti bawak (macam kita bawak sambal ikan bilis kering tu)


Selain kimchi..food lain yang syamariz gila adalah bibimbap (nasi campur style korea), japjae (fried korean glass noodle mix with vege & meat), bulgogi (grill beef/chicken wrap in salads), samgyetang (sup ayam ginseng) etc etc...


Sesaper nak try korean food leh gi Food Republic kat Pavillion, Koryowon kat KLCC atau satu restoran lagi (tak ingat nama) kat Sunway Pyramid

Coffeeholic



Ni naper pulak entry kalini penuh dengan coffee nie heheh...bukan apa sajer nak share my favourite drink in this whole wide world. Tak tau lah naper hari2 asyik nak minum jer..kalau tak minum rasa tak lengkap jer hidup..
Especially in the morning..sampai2 ajer opis terus masak air kat kettle nak bancuh coffee..nasib baik la opismate sebilik (alah 2 orang je sebilik) pun jenis yang coffeeholic gak..kalau ada kelas kul 8 am pun kadang2 tu menyempatkan diri jugak untuk minum..5 minit masak air, bancuh, teguk gulp!gulp!gulp! siapppp...
Kalau tak minum? Kalau tak minum maka :
1. Mata susah nak bukak
2. Kurang motivasi untuk memulakan hari
3. Rasa tak semangat
4. Hidup tak lengkap
Terukkkkknyaaa..yes i know..itulah nikmat hidup i sekarang (actually dari dulu lagi), jangan la pulak ada krisis kopi ker..kenaikan mendadak harga kopi ke etc etc...stress! stress!
Tapi dalam banyak2 spesis kopi tu tak la sumer syamariz bantai..hanya nescafe & white coffee jer..(note : kopi hitam cap kapal api camtu tak minat)...Favourite brand pulak haaaaa..cam dalam gambar kat atas tu..Nescafe Breakfast dengan Old Town White Coffee with natural cane sugar (40% less sweet) selain dari Nescafe serbuk yang biasa tu
Brand lain yang best..Aik Cheong White Coffee, In-comix white coffee...kalau kaya sikit gi Coffee Bean (Ice/Hot Mocha atau Vanilla/Mocha Ice Blend) atau Starbucks (Caramel Macchiato)..kalau kaya sikit lerrr..saper tak penah try boleh la cuba..
Cemana leh suka sangat coffee? Sebab zaman student dulu suka stay-up..jadik kalo nak stay-up kena minum kopi bagi mata bulat gituuu..haha...zaman tu kopi 3in1 cap Super menjadi pilihan..sekarang nie kafe francais dah banyak, makin menjadi2 la kegilaan syamariz nihh
Lastly..syamariz rasa macam nak gi kursus Barista la kalau ada, dah tanya kat Coffeebean, dia kata kena jadik staff dulu and then they will train for 3 months to become fulltime barista..alamak takkan nak resign keje sekarang kot...so kalau sesapa ada dengar pasal kursus barista, leh la recommend kat syamariz...

Wednesday, July 9, 2008

Jom Balik UUM!


Baru2 nie dapat surat dari Alumni UUM...syamariz memang lama dah berdaftar jadik alumni tapi tak penah join pun xtvt dia..ye laa sebelum nie asyik xtvt berkumpul & makan kat hotel ajer, mahal berdentum pulak tu so macam agak kurang berminat gituu..

So bila dapat ajer surat yang ini wahhh..menarik la agenda dia, dengan bertemakan "Jom Balik UUM" sumer alumni dijemput kembali merasai suasana jadik student..duduk balik kat kolej (sekarang dah tuka panggil Dewan Penginapan Pelajar..macam tak best ajer panggil dewan kan) and macam biasa ada la xtvt ceramah bagai..kongsi2 ilmu & pengalaman..

Hasrat hati macam nak join tapi bila tengok ajer tarikh 16-17 ogos tu...alamakkk...ada projek mega masa tu aiseymennnnnn..frustnyerrr...syamariz ni kan suka sangat mengimbau nostalgia time jadik student UUM dulu kan..maunyer tak frust..tengok sidebar kat tepi ==========>> ni pun siap tulih THE BEST YEARS OF MY LIFE" kan kat gambar pintu gerbang UUM tu...nak buat cemana, takde rezeki lagi balik ke sana

Last semester ada students poli buat trip ke UUM pun last minute tak dapat nak join...hmmm takpe ni kena paksa Mr B bawak syamariz ke sana bila dia free heheh..apapun UUM has given me lots of memories, be it good or bad ones..i still appreciate it. Lepas ni harap2 ada lagi xtvt Jom Balik UUM nie..kalau time tu free pasti akan ku tarik member2 lama UUM join sama

Lagi gambar hantaran







Just wanna share some pretty hantaran that i like..especially yang kat atas tu, decorated with fresh flowers nampak sweet sangat..yang tu was from wedding kat putrajaya aritu (credits to pengantin saiful & nina) and gambar bawah tu was from wedding kat selayang, pun pakai fresh flowers (rose putih)...cho chweeeeettt!!! Tiru boleh??? hehe..

Tuesday, July 8, 2008

Office Life

typical day at work


Today is a typical day..nothing different from my usual working day life..it usually goes like this :


6.15am - bangun tido (after like snoozing the alarm clock several times & counting days to weekend)

7.15am - bertolak ke office (ikut jalan biasa..kalau terlambat keluar terpaksa la pakai Guthrie Highway yang bernilai RM1.40)

7.35am - sampai office, punch card, letak beg, bukak komputer, masak air, bancuh nescafe to start my day

8.00am- masuk kelas/check email (yahoo&PSA)/check surat yang kena masuk fail atau balas/kumpul bahan untuk penerbitan buletin&annual report/terima arahan boss/meetings/buat memo/buat laporan/prepare apa nak ajar/marking students assignments/sembang/termenung/stress etc etc

12.45-2pm- Lunch..selalunya kat Giant/Tesco Extra/Restoran Merah..kalau terbabas pun Subang Parade ajer hehe (malas nak berebut dengan students kat kafetaria)

2.15pm-5.00pm - sambung buat xtvt seperti pada jam 8.00am

5.15pm - kalau tak banyak keje blahh awal..singgah kedai beli groceries takpun beli minum petang merangkap dinner sekali..kalau malas sangat, balik terus rumah

5.45pm - sampai rumah, siram pokok, rehat, bukak tv, minum petang, kemas rumah etc etc

malam - tengok tv or dvd/do some readings/ surf internet/ get ready for the next day (selalunya elakkan makan malam after 7pm..chewahh nak jugak bagitau tu)


yupp..that's what i do typically on weekdays..weekend lain pulak citer..plan lepas nie nak rajin2 sikit mengemaskinikan skill memasak yang hampir lapuk nih so i'll start with posting my favourite recipes nanti
p/s : just heard that one of my colleague had just resigned to become a fulltime housewife phewwww...that must have been a difficult decision, considering our economics scenarios nowadays..apapun i just wish her luck..as for me yang tak berapa ado nie (alhamdulillah dengan rezeki kurnianNya setakat ini)..keje masih lagi priority dalam hidup, nak carik makan beb! tambah pulak dengan macam2 projek mega kononnya nak buat kat umah tu...opsyen bersara pun siap pilih 58 lagi huhuhu..

My medical check-up

What does this picture have anything to do with my medical check-up? Well..lepas nie memang setahun sekali je la i makan my fav J.Co/ Big Apple donuts nihh..(really???)


Last thursday (3/07/08) syamariz telah menguatkan semangat yang tak berapa kuat ni untuk pegi jugak buat thorough medical check-up kat BP Diagnostic Centre, Subang Jaya..sebenarnya plan dah lama nak buat med-checkni but i kept chicken-out ajer because the thought of them sucking out my blood really scared me like **** (i am what they called haemophobia..a person who's scared of blood)


Fikir2 balik..time tu tengah cuti, umur pun makin meningkat, confuse 'bout my bloodtype, exercise takde masa (lame excuses usually made by middle-class executives like me) dan ada majlis besar pulak tu next month so i pejam mata ajer pegi buat..the staff there are very friendly & helpful, nampak syamariz ni macam terkial2 ajer masuk terus ada orang tegur..ok kudos for thier hospitality...
Then tengok pakej..ranging from RM200 - RM1300 depending on ur liking..tengoklah nak check apa, lagi banyak test lagi mahal tapi puas hati la..at least tau jugak apa yang tak kena dengan badan tu kan...so memandangkan budget pun takde la mengizinkan sangat so i've decided on the middle range..all together ada 6 jenis test :
- Blood test (10cc of ur blood taken)
-Urine test (make sure minum air banyak the nite before)
- ECG (heart condition)
- Upper abdomen ultrasound (Liver, Kidney, Gallbladder etc)
-Bone density test
- Lung test
Make sure puasa dulu 10 jam malam sebelum tu untuk hasil yang lebih memuaskan hehe..keseluruhan pemeriksaan ada la dalam sejam..yang paling menakutkan bila tukang amik darah tu macam tak jumpa ajer urat i kat lengan terpaksa pulak panggil nurse yang otai skit..lagi la i ketaq lutut but surprisingly i did well for the test, at least i tak buat scene kat situ..hehe..punya la penakut..
3 hari lepas tu dapat result...dia akan bagi satu fail yang ada rekod pemeriksaan tu dan doktor akan explain...ok..now i know for sure memang darah jenis o positive, organ dalaman sihat walafiat, glukos dalam badan ok..uric acid pun ok..pendek kata sumer oklah kecuali satu....cholesterol!!!!!! What????? Alamak..macam mana leh jadi camni..Roti canai dgn nasik lemak pun jarang makan..kiranya jaga jugaklah makan ni kan..elak makan lewat sangat, banyakkan sayur, air kosong, roti pun amik wholemeal, ,makan vitamins..tup! tup! bila tuan doktor tu kata tahap kolesterol lebih dari piawaian terus blur kejap..
Tapi takde la teruk sangat, cuma lebih la dari tahap sepatutnya (lupa pulak bacaan dia)..dia pesan kurangkan makan daging merah, organ dalaman, seafood & telur kuning (jarang amik pun sebenarnya all these food). Tuan doktor telah mengesyorkan syamariz amik supplements kat bawah nie (pilih satu) :
- Lecithin
-Omega 3 (minyak ikan)
-Fibre (oats etc)
-Red Yeast Rice capsules
untuk kurangkan tahap kolesterol. Tempoh 3 bulan telah diberikan untuk menyahut cabaran nie kalau tak i will be given medication..amboi mak..macam kes serius nihh...arghhh...as a start i've already bought Lecithin capsules and will consume oat as dinner from now on..so gambar donut kat atas tu adalah sebagai kenangan manis sebelum nie haha...say goodbye to it for now..WISH ME LUCK!!!

Wedding at Putrajaya









My mom awal2 dah booking syamariz untuk temankan dia gi kenduri nie..

"sya...jangan lupa tau 22 jun nie ada kenduri"

ada la 2 kali dia remind hehe..orait2..tu memang dah jadi rutin..temankan mama gi kenduri, i dun mind if i'm free...selain dari makan free yang sedap, i just love seeing the wedding colour theme, outfits, doorgifts, pelamin, lovenest (bilik tido hehe) dan apa2 lagi yang cantik..


Macam wedding nie yang diadakan di Dewan Seri Siantan, Kompleks PPJ (Putrajaya) nie actually was my aunt's nephew's wedding...kakak kepada pakteh i yang kawin dengan makteh i punya anak..haha..apa punya descrption la..ni pun first time syamariz jumpa diorang, sebelum nie tak penah jumpa pun tetiba makteh i jemput..buat kat tempat grand pulak tu..huishhh kene pegi nie


Guess what..jumpa la pulak bekas student i kat situ who happen to be my mak teh's niece jugak (Farhana ex DPR)...siap salam2 lagi..dah keje kat LHDN dahhh..baguih la..lecturer marketing kat JPG (Jabatan Perdagangan) surely ingat budak nie..sebab nama dia selalu ada dalam list Ulang Modul, sekarang dah keje bagus oklah good for her!


Tema wedding nie memang syamariz suka sangat..brown-gold! Macam sama aje dengan majlis 16 ogos nie kan...(sapa yang tau tu tau la kan). Baju pengantin kaler gold, pelamin fresh flowers, doorgift dapat cd koleksi lagu2 romantis kegemaran pengantin kot & a pretty porcelain yang ada sweets...Food kat wedding nie memang splendid sampai tak termakan, food catered by D'Saji Catering yang mana laukpauk dia memang sedap, then siap ada dessert caramel, cakes, cookies, fruits & coffee/tea. Band pun ada to entertain the guests...fuhhh ni kalau tak beratus ribu nie tak sah..bayangkan makan pun sorang RM30++.


Hantaran dia pun cantik sangat..pakai fresh flowers ala2 in the garden...All in all..i just love weddings..kalau orang pegi kenduri mesti nak tanya baju kaler apa, hantaran macam mana, tema apa..sebab tu la excited jer citer pasal wedding kat atas nie..dulu syamariz penah berangan nak jadik mak andam (and bukak butik pengantin) sebab selalu sangat tolong make-up kengkawan yang nak tunang la, nikah la, sanding la (diorang nak jimat kos la tu cisss)...tapi sekarang dah tukar...nak bukak spa pulak hehe..kan best kalo ada excess money in the bank..dapat RM100,000 pun jadi lahh..hahaha..sapa la nak bagi nie...