Tahun 2009 dah bermula, permulaan tahun ni rasanya kurang bermotivasi sikit..pertamanya bermula tahun ni, syamariz & geng2 sekerja (IPTA P & KK) dah start dgn pelaksanaan cuti 30 hati setahun yang mana sebelum ini, kami turut bercuti bersama pelajar. Pulak tu ada pulak opsyen cuti 25 hari setahun (bagi kakitangan awam yang baru takde choice)...mereka yang memilih opsyen cuti lebih pendek ni dgrnya diberikan ganjaran kewangan yang lebih bila pencen nanti (aduhaiiii lamanya nak tunggu pencen tu baru dapat merasa..tu pun kalo umur panjang)...so syamariz tetap la dgn cuti 30 hari tu....dgn paksarelanya
Mungkin bagi mereka yang dah biasa dgn isu cuti 30 hari (atau kurang/lebih) ni takde apa masalah...syamariz macam tak bersyukur pulak dah diberikan cuti kira cukup elok la tu...permasalahannya, kami ni sejak azali dah terbiasa bercuti ikut sistem semester (macam cikgu jugak ikut cuti penggal) yang memang sah2 lebih la dari 30 hari setahun tetiba kemudahan tu ditarik..cuba kalau geng cikgu2 yang tetiba pun kena ikut sistem cuti 30 hari ni..mesti melenting gaks, datang keje tapi pengisiannya kosong...students takde...setakat keje2 opis tu time student tak cuti pun leh buat
Pulak tu, nak amik cuti punye la susah, takleh nak amik sesuka hati..waktu kuliah berlangsung tak boleh nak amik cuti (kecuali emergency), cuma boleh amik bila students cuti..bayangkan kena berebut cuti dgn staff lain waktu tu nanti...so???? apa yang best sgt cuti kalau dah gitu gayanya? kalau waktu kuliah serentak dgn cuti sekolah for sure ramai parents nak cuti sekali, tapi tak boleh la cos ada kuliah...abis tu??? nak emergency? mc? lagi satu takkan nak amik straight seminggu dua macam waktu cuti semester..sapa nak bagi??? pro-rata pulak tu...
macam2 kekangan....tapi tetap "Saya yang menurut perintah" : (
permulaan tahun yang sangat tidak memotivasikan......
Yang kedua, kucing kesayanganku Michiko yang sakit macam Saiful aritu dah passed away on 6th January...hmmm...i've tried my very best this time (tukar food yang lebih nutritious, bagi vaccin, boarding kat vet bila blk kpg, tak bg kuar rumah sgt etc) tapi Tuhan lebih menyayanginya....pasrah la jawabnya, i'm gonna take a break for a while from adopting cats lepas ni, serik & sedih...
Dan yang ketiga....Syamariz pasti ketika ini umat Islam seluruh dunia turut merasai penderitaan yang dialami oleh saudara kita di Palestin, betapa hebatnya penyiksaan yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas mereka, hancur luluh hati melihat anak2 kecil tidak berdosa bergelimpangan mayatnya ibarat nyawa tidak berharga..serta penduduk di sana yang ibarat menghitung waktu untuk meneruskan kehidupan
GERAMMMMMM..REGIM ZIONIS LAYAKNYA KE NERAKA..SEMOGA MEREKA & SEKUTU MEREKA DIBERIKAN BALASAN BERAT OLEH ALLAH SWT!!!!
Bagi yang prihatin dan ingin menderma, boleh la memberi sumbangan terus ke Tabung Palestin NSTP di no akaun Maybank : 514105320501 (seperti yang terpapar di kaca TV)
Menderma untuk membantu rakyat islam Palestin diiringi dengan doa untuk kesejahteraan mereka, itulah yang mampu dilakukan ketika ini...Anda juga boleh memboikot jenama barang2an yang bersekongkol dengan Israel (The Brands??? will blog in my next entry)
Hmmmm....permulaan 2009 yang agak mendung kan? Semoga ada sinar yang menanti di hadapan..maafkan syamariz atas coretan kali ini yang agak 'kurang bermaya'..
2 comments:
syukurla cuti 30 hari .. nk compare ngan aku yg 18 hari saje.. ada orang yg lebih sikit lg cutinya....
sori. atas kehilangan pet buat kali ke2.
ina
Hi gang... My takziah to the loss of your furry friends. You're right, the beginning of this year is a bit demotivating (what with Gaza and all...) Still, I hope you will accomplish all your goals for the year. Good luck, miss ya!
Post a Comment