Tuesday, October 14, 2008

Citer AidilFitri

RAYA PERTAMA HINGGA KETIGA (1-3 OKTOBER 2008)
VENUE : TIKAM BATU, SG PETANI, KEDAH

Di pagi raya pertama..family theme colour : coklat keemasan (kalau ada yang perasan, ya betull..itu le baju kawin Mr B yang dikitar semula ehehe)

Our first raya together..


Kenduri tahlil & kesyukuran pada Hari Raya Kedua..

Ramainya sanak sedara penat sungguh syamariz melayan..tapi suka, pengalaman baru di Kedah

Harus diselitkan aksi menantu yang baik & rajin har har har..(opss sori gmbar rear view pulak)

Lagi gambar tetamu..

Rombongan cik kiah kat dapur..

Syamariz with some relatives..at the kitchen to enjoy the food

Time beraya ni la harus beramah-mesra dengan sanak sedara kan..friendly gitu orang baru dalam family ni kan hehe..agaknya gitu la birasku yang berbaju merah tu kata dalam hati ekekeke..

Walaupun syamariz baru first time beraya di Sg Petani (kampung side Mr B's late wife) tapi layanan yang diberikan cukup hangat & mesra gitu...Nabila & Shed pun dapat jumpa sedara mara diorang sebelah kedah & yang pentingnya dapat mengunjungi pusara arwah ibu diorang, as for me i don't really mind

Hari Raya is more for the children to enjoy, let them be happy during these festive days..syamariz pun dapat jugak pengalaman baru beraya sebelah sana, maklum la kite ni pun takde kampung (Subang Jaya boleh chop kampung ker ek??)...Mr B pun lebih serasi di sana compared to his own kampung..hmmm some of u guys might thought that is weird (syamariz nak citer pun panjang citernye)

But all in all..as long as you are with your loved ones , no matter where u are, u feel like ur in home ground, that should do rite? Raya next year tak tau lagi...**hint** sebelah isteri lerr pulak kan..hmmm i wonder

Tertekan sungguh..

Mesti ada yang fed-up tengok blog ni asyik tak bergerak..statik macam tar atas jalan huhu..fyi syamariz dah start keje pun 13 hb aritu, dan cuba sedaya upaya untuk mengupdate My Kopitiam nie..

Semalam dengan gigihnya membuat 2 entry, beriya2 dengan gambar raya bagai tup2 view blog tiada apa yang berlaku..aduhhhh terbakarnya jiwa, there goes all my brilliant ideas, nak karang sekali lagi pun takde mood

Kat rumah lagi hampehs..setakat entry tulis2, karang2 boleyla..no pix tak best pulak kan, tu pasal rely kat opis (tapi keje2 penting masih diutamakan ok ehem..ehem..perlu dijelaskan disini takut bos baca ekekeke) cuma kat opis nie internet connection masih tak stabil, kalau kat spital mungkin wad ICU la kot..masih bernafas cuma lemah tak berdaya

Anyway..will try my very best to update again, since this is my fav medium to meet back old friends and as a source for them to know what i've been up to these days..till then, ciao!

Wednesday, October 8, 2008

Syamariz masih bercuti!

Pemberitahuan :

Blogger Syamariz masih bercuti raya sehingga 12 Oktober 2008 maka tak dapek lah dia nak update blog ini sampai la dia keje balik, hari senin 13 Oktober nanti...nak buek camno..line internet dia kat umah takleh nak insert pictures (apalah gunanya update blog tanpa gambar kan? kan?) Tak mesra pembaca gitu kannn..

Makanya, syamariz akan giatkan semula blognya ini selepas 13 Oktober (isnin), sekian..harap maklum!

syamariz note : errr....ada ke yang nak amik pusing pun ekekeke...takpe la, pemberitahuan ni free of charge pun kalo baca kan...

Saturday, September 27, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H (1st Oct 2008)

Memandangkan dah tak berapa lama lagi kita semua akan menyambut Aildilfitri, dengan ini saya, syamariz, dengan penuh rasa rendah dirinya ingin memohon ampun & maaf sekiranya ada salah silap diriku selama ini & semestinya nak mengucapkan kepada keluarga, rakan2 & yang mengenali :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN!

SEMOGA BERGEMBIRA DI SAMPING YANG TERSAYANG!

BERHATI-HATI SEMASA MEMANDU!

InsyaAllah kami sekeluarga akan beraya di Sg Petani, Tg Malim & Melaka, syamariz cuti 2 minggu youu.....pada mereka yang nak datang umah, plz call to make an appointment, ewahhhhh..bukan apa, takut kami takde umah (takpun takut tak sempat masak hehe..), anyway please feel free to give us a visit whenever u r in Shah Alam. Thanks for supporting me in My Kopitiam!

Salam Lebaran to All!

Ikhlas : Syamariz, Mr. B, Nabila & Shed

Friday, September 26, 2008

Citer AidilFitri lagi..

Sedar tak sedar dah 2 minggu kita beraya..alahai..banyak tu juga la masa syamariz amik nak update My Kopitiam nihh...macam ni kalo blogger yang tak berapa nak tegar hehe..anyway just sharing more raya pix taken on the 3rd raya

3) Hari Raya Ketiga (sambungan)
Bergambar dengan Maksu sebelum we all balik Tg Malim..(ni kat depan umah)

4 beranak excited nak gi beraya lagi..Nabila & Shed excited nak kumpul duit raya lagi , alahai bestnye jadik budak2 balik time raya nie


My hubby & me...obviously hubby needs to lose some weight, pose pun badan tak turun camno haha..apa pun he's still cheerful & funny as always

Bersama sanak sedara sebelah hubby di Tg Malim

Raya ke4 kitorang dah selamat sampai umah..ingat nak balik ke melaka (umah my uncle & grandmother) pulak tapi mengenangkan 'jam' yang bakal menanti aduhh malas la pulak...

So moral of the raya echehh..syamariz beraya kat side sebelah Mr B ajerr..my side takde pun cos family sumer balik melaka, umah nenek kat sana..takpe la, umah my family pun kat Subang Jaya ajer..hari2 nak balik pun takpe, kita pun berkorban laa..tapi next year harus tuntut nihh ekekeke...apapun kat mana kita beraya janji happy & dapat bersama yang tersayang betul tak..i'm sure ramai lagi kat sana yang kena beraya side sebelah mertua, tak jadi masalah kan sebab mertua pun family jugak...

syamariz note : My heart goes out to those who celebrated AidilFitri without thier loved ones..especially those who had just lost thier loved ones in Ramadhan, lets just cherish whatever that we have now!




AidilFitri 011008

Setelah berzaman (pre-historic sampai la millenium) baru dapat mengepost gambar..ergggghhhh..orang lain dah citer harga minyak makin turun, kite baru nak post citer raya huhu..well its better late than never kan..apa nak buat, oklahh..here they are (mengikut kronologinya):


1) Hari Raya Pertama (Kpg Batu Lintang, Tikam Batu, Sg Petani, Kedah)
Syamariz 4 beranak di pagi raya..notis tak baju kitar semula hubby & son from the wedding haha..

Dah setel bermaafan, cium2 tangan, makan kenyang2 sumer boleh la sengih camni tunggu tetamu datang hehe..

2) Hari Raya Kedua (masih di Sg Petani)


Buat kenduri tahlil & kesyukuran sikit kat kampung (sponsored by mak chak)...haa naik jangan tak naik naaa...


Sebahagian tetamu yang datang..ada yang kenal..tapi lebih ramai yang tak kenal la, maklum la kite kan orang baru, nasib baik rumah kampung nie 'living hall' dia luas..ha dok la gebang ramai2 nooo (baca ikut slang kedah)


Nie gambar buat2 sibuk hehe..padahal catering ajer, takpela kena la tunjuk rajin sikit opsss..sowi la gambar "rear view" pulak ekeke..Antara lauknya Nasi Putih, Sambal Udang, Gulai Ikan Masin & nenas, Ayam Goreng Rempah, Sambal Belacan & Ulam, Pecal, Buah & Kordial Siren (sirap campur oren)

Aduhhh..penat giler time nie, orang datang tak berhenti sampai malam, tapi seronot coz dapat pengalaman baru beraya di Sg Petani

p/s : aduhhh..Mr B harus bawak2 berdiet nih..'ianya' sangat jelas & nyata la pulak dalam pix nie..

Lagi sesi bergebang hehehe..

Sesi gebang kat dapur..


Syamariz terselit sekali bersama geng2 veteran hehe..mak chak duduk di tengah & maksu paling kanan..

Patutla kalau raya mesti dapat simptom kurang air dalam badan, apa taknya asyik bergebang sampai kering ayaq liuq, pastu minum pulak mesti air kordial/air gas..takpun ayaq kopi (seperti gambar di atas) hehe..

Haa..macam tu la sinopsis raya pertamaku di Sg Petani, Kedah..walaupun baru di tempat orang tapi sejuk hati dengan layanan hangat yang diberikan..Alhamdulillah

Kursus jadik usahawan

sesi kursus bersama encik khairil
peserta kursus gambar ramai2 (standard la kan pas abis kursus)
Dekat2 nak raya ni pun ada lagi kursus ya...rajinnyyyaaa....hehe.....sebenarnya dah takde mood duduk ofis, tu pasal bila dengar ada kursus, tajuk pun menarik "Developing a Good Business Plan", terus daftar!
Tak semestinya untuk bukak business jer..syamariz nie mengajar subjek pemasaran so ingat nak la upgrade sikit ilmu di dada ni ha, pulak tu selalu jadik supervisor budak bila diorang buat RP (rancangan perniagaan) so semestinya ini sangat menarik
Nasib baik la penceramah dia (En Khairil dari Perak) sangatlah interesting..dia banyak share pengalaman bisnes dia so lagi la melopong kitorang dengar hehehe...sekarang dia tengah usahakan penanaman serai kat ipoh seluas 100 ekar (kontrak dengan Kementerian Teknologi & Inovasi untuk penghasilan dlm kosmetik & farmaceutical), at the same time juga bukak pusat tuisyen dan merupakan seorang 'trainer' bertauliah.
Dulu beliau pernah berkhidmat di kilang simen di bandar "L" tapi after 10 years, quit amik VSS terus set mind jadik usahawan berjaya..macam2 pengalaman & pengetahuan yang dia share dengan kitorang..antaranya pasal prospek tanaman cili, jagung, cendawan etc penternakan kambing, lembu, ikan, cacing dan tak ketinggalan industri perkhidmatan & francais..
Lepas discuss teori, buat kumpulan dan kena set up business sendiri (konon2 la)..well..syamariz apalagi..terus cadangkan bukak spa, member2 lain setuju..wokehhhh set! Bincang punye bincang dah jadik macam betul2 nak bukak spa next year..hmmm if only! Modal ajer tak berapa nak ada..nak amik loan pulak loan yang ada sekarang pun dah beratur panjang huhu...takpelah biar ada plan dulu, mana la tau kan...sila beri sokongan sekiranya projek mega syamariz nie berjaya ok
Lain2 bisness yang agak best kalau dapat buat..bukak kopitiam or francais KFC, tapi nak bukak KFC ke MacDonald's ker modal kena at least RM400,000 gulp! ok..tak jadikk, kopitiam ni aisehh macam nama blog syamariz je kan..best gak kalo buat, tapi biar inovatif skit, kalo tak sama jer macam yang lain kan..hmmmm berangan lagiii bulan2 pose ni....
Anyway, thanks so much for our trainer, En Khairil for delivering such interesting course. Hope u will succeed in the lemongrass (serai) industry, best of luck to you, and in case i need help, will definitely contact you wokehh..

Shopping raya di ofis

kain pelikat, brooch & butang baju melayu
Kat ofis syamariz nie memang MACAM-MACAM ADA!! (mana gi dah tagline astro nihh??)..orang2nya sangat berjiwa usahawan gitu....haritu baru jer order kuih raya pelbagai jenis sampai RM300++ kat budak2 ofis, tetiba semalam di 'offer' pulak brooch, kain pelikat & butang baju melayu (3 penjual berbeza)....semua syamariz borong..haa jual lah apa saja, ni tengah mood raya nie semua benda rasa nak beli hehe..

Sticker UUM Canoeist

Yeahhh..dah dapat sticker nie, thanks so much to chon for sending together with kad raya LHDN hehehe...actually dah dapat 2 minggu lepas kot, baru nak buat entry hehe

Sekarang dah ada bukti diriku ahli kelab kenu UUM yang tegar muahahaha...syamariz sangat suker..kalau jenjalan kat KL nampak ada sticker nie, haaa..tau dah keta bebudak kenu UUM

syamariz note : Lama tak outing kenu..agak2 fit lagi tak badan nie..mesti pas dua tiga kali dayung pancitttt..oh tidak! huhu

A Family Buka Puasa

ni gaya teramat happy bukak pose la tu kikiki..
with the whole clan..ahh such special moment to be able to gather like this
my mom, hubby & son..
With my sisters & only brother..missing them very much..love u guys
yeahh..just to let u know i did the reservation haha
the darlings of my life (nabila is missing here cos she's in boarding school)
yeahh..the whole clan had fun on that day..yippeee
my bro & sis..tahun nie nak duit raya kena mai umah ok
The original family..before the latest addition on 15th august hehehe..
And last but not least...my ever dearest mommyyy..there's no word to describe my love & care for you (nak2 pulak dia yang belanja the whole buka puasa on that day) Thanks for everything ( i mean everythinggg..)

Tarikh : 21 September 2008
Tempat : Hotel Uitm, Shah Alam
Bilangan peserta : 8 orang yang macam2 perangai
Menu utama: Nasi Ulam, Nasi Putih, Nasi Briyani, Laksa Johor, Pita Kebab (my fav), Roti Boom, Mini Burger, Sup Kambing, Rojak, Dessert, Jus, Teh Tarik etc etc..