Dekat2 nak raya ni pun ada lagi kursus ya...rajinnyyyaaa....hehe.....sebenarnya dah takde mood duduk ofis, tu pasal bila dengar ada kursus, tajuk pun menarik "Developing a Good Business Plan", terus daftar!
Tak semestinya untuk bukak business jer..syamariz nie mengajar subjek pemasaran so ingat nak la upgrade sikit ilmu di dada ni ha, pulak tu selalu jadik supervisor budak bila diorang buat RP (rancangan perniagaan) so semestinya ini sangat menarik
Nasib baik la penceramah dia (En Khairil dari Perak) sangatlah interesting..dia banyak share pengalaman bisnes dia so lagi la melopong kitorang dengar hehehe...sekarang dia tengah usahakan penanaman serai kat ipoh seluas 100 ekar (kontrak dengan Kementerian Teknologi & Inovasi untuk penghasilan dlm kosmetik & farmaceutical), at the same time juga bukak pusat tuisyen dan merupakan seorang 'trainer' bertauliah.
Dulu beliau pernah berkhidmat di kilang simen di bandar "L" tapi after 10 years, quit amik VSS terus set mind jadik usahawan berjaya..macam2 pengalaman & pengetahuan yang dia share dengan kitorang..antaranya pasal prospek tanaman cili, jagung, cendawan etc penternakan kambing, lembu, ikan, cacing dan tak ketinggalan industri perkhidmatan & francais..
Lepas discuss teori, buat kumpulan dan kena set up business sendiri (konon2 la)..well..syamariz apalagi..terus cadangkan bukak spa, member2 lain setuju..wokehhhh set! Bincang punye bincang dah jadik macam betul2 nak bukak spa next year..hmmm if only! Modal ajer tak berapa nak ada..nak amik loan pulak loan yang ada sekarang pun dah beratur panjang huhu...takpelah biar ada plan dulu, mana la tau kan...sila beri sokongan sekiranya projek mega syamariz nie berjaya ok
Lain2 bisness yang agak best kalau dapat buat..bukak kopitiam or francais KFC, tapi nak bukak KFC ke MacDonald's ker modal kena at least RM400,000 gulp! ok..tak jadikk, kopitiam ni aisehh macam nama blog syamariz je kan..best gak kalo buat, tapi biar inovatif skit, kalo tak sama jer macam yang lain kan..hmmmm berangan lagiii bulan2 pose ni....
Anyway, thanks so much for our trainer, En Khairil for delivering such interesting course. Hope u will succeed in the lemongrass (serai) industry, best of luck to you, and in case i need help, will definitely contact you wokehh..
2 comments:
selamat beghayo kak tasya.. take care and drive safely.. ;D
thanks syd, selamat ari raya gak, maaf zahir batin 0-0,take care 2u2!
Post a Comment