Tuesday, September 9, 2008

Nikah 150808

The symbol of exchanging hearts

With the man of my life


Bersama hantaran

Event : Pernikahan syamariz & Mr B

Venue : Masjid Penjara Sungai Buloh (jurunikah Ust Suhaimi dari Masjid Kuang)

Tarikh & Masa : 15 Ogos 2008/ 9.55 am


Finally..dapat juga internet connection nie, dah berapa hari asyik ada takde, naik tension dah..nak upload gambar pun susah, so kalini dapat la dipaparkan sikit..sikit jer kalau nak lebih boleh la refer kat fb syamariz

Hari nikah berlangsung pada 15 ogos 2008, tepat jam 9.55 pagi sah la syamariz kepunyaan Mr B (chewahhh..segan jer nak taip ayat nie hehe). Tapi seperti biasa syamariz tak reti nak mengalirkan air mata bila selesai akad nikah dan juga di kala jurufoto mula menghalakan lensa kamera ke arah pengantin perempuan.

Bukan tak sedih atau terharu, tapi perasaan gembira, suka dan lega terasa lebihhhh lagi..tapi ada satu part tu macam bergenang jugak la air mata, bila berpeluk dengan kawan2 yang bagi kata semangat..sebab mereka lebih tahu apa yang berlaku dalam hidup syamariz sebelum ini..moga doa2 kalian dimakbulkan Yang Maha Berkuasa. Disebabkan nak cepat, tak sempat berpeluk dan bersalam dengan keluarga..itu je la yang dikesalkan. Nak cepat sebab hari tu hari Jumaat..majlis makan tengahari pulak dibuat di rumah syamariz kat Seksyen U5 Shah Alam, lepas tu nak solat jumaat pulak..so semua orang nak cepat maka berdoyon2 la kami dengan kereta, van & bas penjara menghala ke rumah, pengantin takde can la nak posing lebih2 kat semejid haha...

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar pada hari pernikahan, kalau nak tau syamariz memang takleh nak tido langsung malam sebelum tu..risau dan takut mengenangkan majlis nikah esok paginya, takut2 ada yang tak kena, sedara datang lambat ke, katerer lupa hantar makan ker..ishh macam2 lah nak pikir, maklum la syamariz kan pengantin alaf baru..semua nak kena buat sendiri..kitalah nak kawin, kitalah tuan rumah tapi akhirnya semua dah selesai alhamdulillah sekali lagi..

Terima kasih pada semua..

No comments: