Sebenarnya gambar2 kat atas tu, gambar kucing baru dalam keluargaku...tak boleh tunjuk muka kerana identiti terpaksa dirahsiakan..haha...sebenarnya takut nak amik gambar muka cos orang selalu kata, kalau amik gambar kucing ni nanti dia cepat mati or sakit, pengalaman2 lepas macam betul jer..
Ohhh..tidaklah membeli di kedai haiwan cam Pets Wonderland tu, kaedahnya murah jer..Mr. B bawak balik dari opis dia huhu...sebabnya dia kata kesian, lagipun dia well behave (pulak dah?), tak kisah la cos kitorang berdua memang suka nyakat kucing..nak2 pulak Shed & Nabila (my stepchildren) pun suka kucing, dalam kereta on the way balik pun dia well behave, tenang ajer kat dalam keta tu, tak macam sesetengah kucing, macam nak tercabut anak tekak mengiau nak keluar hehe..
Tapi yang kelakau..nama dia diambil sempena nama mangsa liwat yang dikaitkan dengan seorang tokoh pembangkang tu (haaa..teka cepat, apa nama dia), nie bukan keje syamariz ok..ntahapahapa la Mr. B nie kan..ada jer idea dia, kalau bagi kat syamariz..mesti la keluar nama2 kucing yang glemer macam tompok, belang, oren dan yang sewaktu dengannya hehe..ini nama orang dibubuhnya..wakakaka
So sekarang, memang dok melayan si "S" tu je la kat umah..orang sahur dia pun nak sahur, orang buka pose, dia pun nak berbuka..pantang ditinggalkan sendirian, mesti berbunyi protes. Kalau balik opis, tak dan2 (macam orang kedah kata) nak sambut kita, siap panjat atas keta, lompat masuk dalam keta..aduhaiii...pening kepala nak melayan dia, blom lagi nak jaga perut dia..suka makan nasik jangan tak tau hahaha..kampung tullll!
Anyway, pada penggemar pets..harap jaga la elok2, kalau rasa tak terdaya nak bela toksah bela, menyiksa haiwan je namanya tu..lagi satu, rasanya elak2 kan lah mengurung haiwan yang dah biasa bebas cam burung & ikan, agak mengganggu fitrah dia gitukan...tapi terpulanglah pada minat masing2, as long as the pets are in good hands, that should not be a problem..
2 comments:
Dear,
Sorry I got to say this, bukan bertujuan melukakan hati. Why don't you just drop istilah 'my stepchildren' and instead use a more loving and meanigful term 'my children' It will sound better ...
Yeahh..thanks for the comment though, i tengah membiasakan diri dengan term my children/my son/ my daughter or just thier names sekarang..maklum la it takes some time to get use to it and also to let others know that i now have instant children hehe..
Post a Comment