Saturday, September 27, 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H (1st Oct 2008)
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN!
SEMOGA BERGEMBIRA DI SAMPING YANG TERSAYANG!
BERHATI-HATI SEMASA MEMANDU!
InsyaAllah kami sekeluarga akan beraya di Sg Petani, Tg Malim & Melaka, syamariz cuti 2 minggu youu.....pada mereka yang nak datang umah, plz call to make an appointment, ewahhhhh..bukan apa, takut kami takde umah (takpun takut tak sempat masak hehe..), anyway please feel free to give us a visit whenever u r in Shah Alam. Thanks for supporting me in My Kopitiam!
Salam Lebaran to All!
Ikhlas : Syamariz, Mr. B, Nabila & Shed
Friday, September 26, 2008
Citer AidilFitri lagi..
3) Hari Raya Ketiga (sambungan)
4 beranak excited nak gi beraya lagi..Nabila & Shed excited nak kumpul duit raya lagi , alahai bestnye jadik budak2 balik time raya nie
Bersama sanak sedara sebelah hubby di Tg Malim
Raya ke4 kitorang dah selamat sampai umah..ingat nak balik ke melaka (umah my uncle & grandmother) pulak tapi mengenangkan 'jam' yang bakal menanti aduhh malas la pulak...
So moral of the raya echehh..syamariz beraya kat side sebelah Mr B ajerr..my side takde pun cos family sumer balik melaka, umah nenek kat sana..takpe la, umah my family pun kat Subang Jaya ajer..hari2 nak balik pun takpe, kita pun berkorban laa..tapi next year harus tuntut nihh ekekeke...apapun kat mana kita beraya janji happy & dapat bersama yang tersayang betul tak..i'm sure ramai lagi kat sana yang kena beraya side sebelah mertua, tak jadi masalah kan sebab mertua pun family jugak...
syamariz note : My heart goes out to those who celebrated AidilFitri without thier loved ones..especially those who had just lost thier loved ones in Ramadhan, lets just cherish whatever that we have now!
AidilFitri 011008
1) Hari Raya Pertama (Kpg Batu Lintang, Tikam Batu, Sg Petani, Kedah)
Dah setel bermaafan, cium2 tangan, makan kenyang2 sumer boleh la sengih camni tunggu tetamu datang hehe..
2) Hari Raya Kedua (masih di Sg Petani)
Aduhhh..penat giler time nie, orang datang tak berhenti sampai malam, tapi seronot coz dapat pengalaman baru beraya di Sg Petani
p/s : aduhhh..Mr B harus bawak2 berdiet nih..'ianya' sangat jelas & nyata la pulak dalam pix nie..
Patutla kalau raya mesti dapat simptom kurang air dalam badan, apa taknya asyik bergebang sampai kering ayaq liuq, pastu minum pulak mesti air kordial/air gas..takpun ayaq kopi (seperti gambar di atas) hehe..
Haa..macam tu la sinopsis raya pertamaku di Sg Petani, Kedah..walaupun baru di tempat orang tapi sejuk hati dengan layanan hangat yang diberikan..Alhamdulillah
Kursus jadik usahawan
Shopping raya di ofis
Sticker UUM Canoeist
Sekarang dah ada bukti diriku ahli kelab kenu UUM yang tegar muahahaha...syamariz sangat suker..kalau jenjalan kat KL nampak ada sticker nie, haaa..tau dah keta bebudak kenu UUM
syamariz note : Lama tak outing kenu..agak2 fit lagi tak badan nie..mesti pas dua tiga kali dayung pancitttt..oh tidak! huhu
A Family Buka Puasa
with the whole clan..ahh such special moment to be able to gather like this
my mom, hubby & son..
With my sisters & only brother..missing them very much..love u guys
yeahh..just to let u know i did the reservation haha
the darlings of my life (nabila is missing here cos she's in boarding school)
yeahh..the whole clan had fun on that day..yippeee
my bro & sis..tahun nie nak duit raya kena mai umah ok
The original family..before the latest addition on 15th august hehehe..
And last but not least...my ever dearest mommyyy..there's no word to describe my love & care for you (nak2 pulak dia yang belanja the whole buka puasa on that day) Thanks for everything ( i mean everythinggg..)
Tuesday, September 23, 2008
FB dah kena blocked!
So nak settle problem, heret la laptop ke ofis..nasib baik ada broadband cap "D" tapi alahai slownyer toksah cakap la..asalkan tuan dia dapat check email, tengok fb & blog kekawan ok ahhhh....semalam internet dah ok, AT LASTTTT! ( i jerit dalam hati)..tapi password sumer kena tukar chehh untuk maximum security la..OK OK..kicik punya hal..kasi create password baru lagi power punyaa..
TUP!TUP! Facebook, Friendster, Myspace, Youtube & yang seumpamanya dah kena block, uwaaaaaa..nak buat cemana, diorang suruh keje betul2 tu (pujuk hati sendiri sob!sob!), sebelum ni pun bukan tak buat keje, BUATTTT!! Tapi tangan memang macam sotong la, konon efisyen..keje sekali dengan selingan hahaha...so buat pengetahuan segala rakan taulan, teman tak dapek la nak check perkembangan u alls kat fb pasni...kat umah memang liat skit nak bukak laptop nih, tau2 je la kan..nak buat itu ini, syamariz nie pun bukannya blogger tegar sangat pun hehehe..but will do my very best to keep up on things!
The Family Cat
Monday, September 22, 2008
Remembering a Friend in Denver
This was actually given by Shahreen (my dear dear friend/opismate) before she flew to Denver, 2 days after my wedding for studying purposes lahh..(can i call u Dr. Shahreen in advance to practice my tongue aieen?? heheheh)
Keychain nie memang unik, tak tau kat mana la minah nie beli hehe..jadik syamariz dengan Mr. B takyah lagi nak berebut2 kunci umah, kalau dia amik yang gambar girl tu memang nak kena laa..(sex confusion???) har har har..
Memang terasa sunyinya bila 'makcik' nie takde kat opis, but hey..that's life, nothing physical will stay by urside forever anyway, but the thoughts are always there..i hope! So shahreen...when u r reading this, thanks again for being my friend..whenever i look at the keychain, will definitely think of ur sarcastic jokes, contagious laughter & memorable quotes..oh yeahhh..not to mention, our coffeetime together at the office..bila mata dah start mengantok (the caffeine effects are wearing off as you always say)
Harap2 sihat le kat sana, hope she takes care of her sugar level and don't put on too much weight ok...errr boleh tak syamariz letak link galeri dia kat sini? boleh laa...boleh laa..hehehehe..
Thursday, September 18, 2008
Lama tak post..
Malas sebenarnya nak bawak laptop gi opis, aritu baru dengar one of my officemates kena pecah keta time beli juadah kat bazar ramadhan ttdi jaya tu, sian kat dia..orang zaman sekarang ni canggih, siap ada laptop detector kot, tau2 ajer keta mana dia nak pecah, pulak tu senyap ajer alat pemecah tingkap dia tu sampai orang sekeliling pun tak sedar..ishh buat pulak dalam bulan ramadhan, naya sungguhh..memang tak patut!
Tapi semalam diriku sudah berada dalam tahap maksimum keboringan tanpa internet..tersiksa sungguh, dah la duduk kat bilik tu sorang2 (lepas shahreen dah fly ke US), asyik mengadap keje sampai naik berdenyut kepala..malas nak kacau orang2 unit kat sebelah tu, gini la kalau duduk sorang2...boleh gila dibuatnya sebab takleh bercakap heheheh..internet pun takde untuk surf benda2 wajib setiap hari, lagi la naik mengong dibuatnya...
Harini agenda buka pose macam biasa, beli laukpauk kat restoran merah yang sedap tu (patutnya diorang tu kena bagi komisyen kat loyal customer cam syamariz nih), beli air sedap untuk Shed (soya/tebu/kelapa/cincau/cendol/etc) cos syamariz la nie minum teh o panas jer, kuihmuih & dessert pass kat department Mr. B...haaa tu je laa..oh ye masak nasik heheh....harini turn syamariz jadik isteri mithali yakni membeli juadah bukak pose pulak, selalunya Mr. B yang belikan..mana lagi kalau bukan kantin opis dia tu jer, nasib baik la shedap jugakk..
Mintak mahap arini takde pics pulakk..lupa teman nak bawak kamera nunn, kepada semua Selamat Berhujung Minggu (tu takde lain la tu..mesti ramai nak shopping raya........ termasuk la syamariz nie haaa)..ciao bebehh!
Thursday, September 11, 2008
What is wrong with the internet connection???
Ada yang kata sebab proses upgrading tengah giat dibuat kat dalam kampus, syamariz rasa macam makin downgrading ada la..hmm harap2 makin ok la...
Harini buka pose sesorang pulak huhuhu...ingat nak redah bazar ramadhan TTDI Jaya je la....Mr B ada program sikit lepas ofis, so Shed (my step-son) ikut abah dia sekali...nasib baik ada kucing kat rumah sebagai peneman haha...lupa nak citer, sekarang kat rumah dah ada ahli keluarga baru, dah enterframe pulak dalam hidup kami anak-beranak..nantikan kemunculannya dalam entry akan datang
I better be prepared for my class at 4.15pm...ciao! Selamat Berbuka pada muslimin & muslimat sekalian...
Wednesday, September 10, 2008
Tuesday, September 9, 2008
Ramadhan Al-Mubarak
Sejarah Ramadhan :
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
5) Di pilih untuk ibadat puasa.
6) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)
Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.* juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.
Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat
6) Bertadarus
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur sekejap (satu jam sebelum Zohor)- sunnah dan memberi kekuatan semula 17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV dll yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
41) Melazimkan solat waktu
42) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
43) Elakkan banyak berhutang
44) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang4
45) Tunaikan zakat fitrah
Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang* Baca ayat akhir surah Al Baqarah* Baca ayat Kursi* Baca surah Yaasin* Baca surah Al Zalazah* Baca surah Al Qafirun* Baca surah Al Ikhlas
3) Bagi orang yamg kuat dan cergas* Bangunkan isteri dan anak* Mandi* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran
NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan-Rabu 17 Oktober 2008 )
* Tarikh turunnya Al Quran* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik
Life during Ramadhan
Now, back to the "puan" title...syamariz rasa tak la banyak sangat perubahan, cuma masa untuk duduk depan laptop kat umah dah kurenggg, tak sampai hati pulak rasanya macam nak duduk temankan komputer dan biar Mr. B duduk sorang2 layan tv or whatever else that he was doing at the time..sebabnya dia suka bersembang, jadi back to the mission of being a 'mithali' wife, kena la duduk layan dia merapu hahaha...
Perubahan lain yang melanda :
1. Kurang masa nak layan DVD drama2 korea & jepun yang satu ketika dulu menjadi kegemaran utama masa lapang
2. Dah tak boleh jalan sorang2 meronda Subang Parade lepas opis..dah tau ada orang tunggu kat rumah
3. Tak boleh pikir selera diri sendiri je bila makan..especially time berbuka bulan Ramadhan nie..dulu ikut hati malas makan nasik, sekarang kenalah considerate tengok apa yang ramai2 bole makan
4. Kena bangun sahur..dulu bangun jugak tapi makan kurma dengan susu je hehe..nak kurus punye pasal..sekarang nie ala2 menu lengkap & seimbang gitu untuk sahur
5. Kena set kan minda dah punya anak..anak2 tiri pun consider anak kita jugak kan, orang lain pelan2 tengok anak tu dari kecik sampai besar tapi kita terus2 dikurniakan anak remaja gitu..walau pun taklah terperanjat sangat tapi need some time to get thru the trial & error session, apapun sangat bersyukur dikurniakan anak2 yang baik
Menu berbuka & sahur :
Satu perkara yang harus dinyahkan dari syamariz adalah perasaan "malas masak", dapat pulak hubby yang sempoi..tak kisah sangat makan dimana asal makan so apalagi..kita pun menjadi2 la malasnya tu..tapi uhhhh tak boleh! tak boleh! (cuba menginsafkan diri sendiri huhu) kiranya lepas raya nanti nak asah balik my cooking skills yang dah setengah karat tuh..
Menu berbuka kami selalunya lauk import hehehe...kalau tak dari my fav restaurant kat ttdi jaya tu (restoran merah) mesti kat kantin opis Mr.B. Walau pun lauk import tapi dah memang gerenti sedappp...Balik rumah cuma masak nasik dengan buat air..oh ya, kuih-muih turut diimport dari tempat yang sama. Kadang2 pegi jugak la bazar ramadhan kat ttdi jaya (dkt ofis) atau dekat Subang 2 (dkt rumah)...
Sahur pulak, ulang je mende yang sama, reheat dalam microwave and woila! the food is back for grabs! Ada jugak member2 tak sayang mulut, perli2 gitu..naper tak masak, ye la..harapan tinggi kat pengantin baru gitu kan, tebal jugak telinga ni nak menepis tapi insyaAllah..kita tahu apa yang kita buat untuk family kan, walau pun tak masak tapi tidak le sampai kelubur (kebulor)..pelan2 insyaAllah lama2 boleh bukak kopitiam..oh if onlyyyy...lepas bukak kopitiam, bukak spa pulak ohh so wonderfulll hehe...daydreaming di bulan puasa
So, for today..am still thinking of what to be served on the table for breaking of fast, definitely no nasik+laukpauk for today, need a break from that for a while, most probably nasi briyani for the son and bihun sup/goreng for mom& dad..and if i could only find pita kebab this time (been craving for that dish since 1st ramadhan), that would be extra delicious, for dessert lepat pisang & lepat ubi..haha..you can laugh all you want, me love anything that is 'pisang' based while Mr. B prefer tapioca aka ubi kayu..hmm we are quite traditional when it comes to kuih. Lepas buka, terawih tukar2 rotate area sek U5 tu..saje try tempat baru, maklum la kami pun orang baru je kat situ...
Entry kalini jenuh pasal makan je kan, macam la Ramadhan nie berkisar pasal itu jer..sebenarnya nak citer pasal my transition of life, from singlehood to errr..not-so-single anymore, termelalut pasal food pulakk...next entry would be more of the religious aspects in conjuction of Ramadhan insyaAllah, semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah SWT dan semoga iman kita ditingkatkan lagi untuk mendapat pahala berganda di bulan mulia ini..
Kenduri 160808
Event : Majlis Kenduri (takde sanding) syamariz & Mr B
Venue : Dewan Perindu, Kompleks Penjara Sungai Buloh
Date & Time : 16 Ogos 2008/ 12tgh-4pm
Sehari lepas nikah, diadakan pula majlis kenduri seperti makluman di atas. Alhamdulillah majlis kenduri pun lancar ajer, cuaca ok, makan ok, tetamu pun ok...pendek kata sumer oklah...terima kasih pada staf2 penjara yang bergotong-royong dan bertungkus-lumus untuk majlis kami ni, pada sedara-mara yang datang dari jauh & dekat dan sama2 memeriahkan majlis walaupun penat, pada kawan2 yang sudi hadir walaupun banyak majlis kenduri lain, kawan2 yang banyak sponsor majlis kawin kami (kad kawin, gambar kawin, air minuman masa kenduri, meja & kerusi tetamu, hantaran buah, kek, honeymoon package etc etc...juga tak lupa pada mak pengantin perempuan, Pn Nailah Shafiee yang dah buat macam2 untuk memeriahkan kenduri kawin anak dia ni hehehe...
Sebenarnya majlis kawin nie simple ajer..cuma ada makan2 dan aktiviti beramah-mesra dengan tetamu dari kedua2 pihak (sebab kami berdua share majlis ni)..dan tak sah le kalau takde xtvt bergambar dan posing syok sendiri seolah2 kami je yang kawin pada haritu hehehe..minta maaf pada semua yang tak dapat kami jemput pada hari tersebut, jangan kecik hati ya..jemput la kami pada rumah terbuka u all nanti whahahaha..gitu pulak.
Harap2 entry nikah & kawin nie masih belum terlambat atau bak kata orang dah basi hehe..ni semua internet connection punye pasal..tertangguh syamariz punye plan nak update awal2 pas wedding...setakat nie dah 3 minggu lebih dah majlis berlangsung tapi rasa macam baru je lagi, so nak share dengan u all my dear friends...especially to those who can't make it to the wedding..lepas ni takde dah kot entry pasal wedding, takut ada orang muak hihihi...kalau nak tengok wedding album please do so at my fb ok...
Again, thanks a zillion to those who were there at both events, to those who can't make it, i know your doa are with us and to the rest..please doa for us. Stay on with the blog..many more news to come (if the internet connection doesn't find fault with me)!!
Nikah 150808
Event : Pernikahan syamariz & Mr B
Venue : Masjid Penjara Sungai Buloh (jurunikah Ust Suhaimi dari Masjid Kuang)
Tarikh & Masa : 15 Ogos 2008/ 9.55 am
Finally..dapat juga internet connection nie, dah berapa hari asyik ada takde, naik tension dah..nak upload gambar pun susah, so kalini dapat la dipaparkan sikit..sikit jer kalau nak lebih boleh la refer kat fb syamariz
Hari nikah berlangsung pada 15 ogos 2008, tepat jam 9.55 pagi sah la syamariz kepunyaan Mr B (chewahhh..segan jer nak taip ayat nie hehe). Tapi seperti biasa syamariz tak reti nak mengalirkan air mata bila selesai akad nikah dan juga di kala jurufoto mula menghalakan lensa kamera ke arah pengantin perempuan.
Bukan tak sedih atau terharu, tapi perasaan gembira, suka dan lega terasa lebihhhh lagi..tapi ada satu part tu macam bergenang jugak la air mata, bila berpeluk dengan kawan2 yang bagi kata semangat..sebab mereka lebih tahu apa yang berlaku dalam hidup syamariz sebelum ini..moga doa2 kalian dimakbulkan Yang Maha Berkuasa. Disebabkan nak cepat, tak sempat berpeluk dan bersalam dengan keluarga..itu je la yang dikesalkan. Nak cepat sebab hari tu hari Jumaat..majlis makan tengahari pulak dibuat di rumah syamariz kat Seksyen U5 Shah Alam, lepas tu nak solat jumaat pulak..so semua orang nak cepat maka berdoyon2 la kami dengan kereta, van & bas penjara menghala ke rumah, pengantin takde can la nak posing lebih2 kat semejid haha...
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar pada hari pernikahan, kalau nak tau syamariz memang takleh nak tido langsung malam sebelum tu..risau dan takut mengenangkan majlis nikah esok paginya, takut2 ada yang tak kena, sedara datang lambat ke, katerer lupa hantar makan ker..ishh macam2 lah nak pikir, maklum la syamariz kan pengantin alaf baru..semua nak kena buat sendiri..kitalah nak kawin, kitalah tuan rumah tapi akhirnya semua dah selesai alhamdulillah sekali lagi..
Terima kasih pada semua..